Sunday, January 22, 2012

Bantah 'Homoseksual' Lelaki Di Hukum Penjara. Anwar Tersenyum Simpul Bila Baca Berita Ini!!!


APA kah yang terfikir di kepala otak Anwar Ibrahim bila dia membaca cerita ini?. Sebelum itu IBM nak tanya para pembaca semua. Adakah apa yang IBM fikirkan sama dengan apa yang anda fikirkan? Kalau jawapannya sama, terima kasih je lah kerana memahami apa yang IBM fikirkan. Bukan apa rakan-rakan pembaca semua. Di negara barat memanglah perkara seperti ini sudah menjadi darah daging mereka. Tiada hal bagi mereka. 

Itulah yang hendak dilakukan oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang cuba mengubahkan undang-undang yang sedia, termasuklah isu 'homoseksual' yang Anwar anggap adalah perkara biasa. Dengan lantang dia juga berkata bahawa undang-undang yang di pakai oleh kerajaan sekarang ini sudah lapok dan tidak lagi releven.

Menurutnya, menyekat kebebasan seperti amalan 'homoseksual' adalah menyekat kebebsan rakyat yang perlu dihapuskan. Ini jelas, sekiranya dia dilantik menjadi Perdana Menteri, sudah tentu dia akan mengubalkan undang-undang yang telah lapok ini dan memberi kebebasan kepada kumpulan-kumpulan gay yang mengamalkan seks bebas seperti homoseksual ini.

Seperti apa yang berlaku di LONDON, oleh kerana mengedar risalah meminta golongan homoseksual, tiga sekawan yang beragama Islam di hukum penjara sehingga tujuh tahun. Mereka bertiga merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang mengedar bahan tersebut di jalan-jalan raya dan menampalkan di peti-peti surat dengan menyatakan golongan homoseksual merupakan punca masalah sosial.

IBM positif, bahawa itulah yang Anwar nak praktikkan di negara kita ini. tiada sekatan terhadap mereka yang mengamalkan homoseksual. Mari kita sama-sama berfikir, sekiranya itu yang Anwar cuba ubah dik kerana negara-negara barat yang menyokong beliau, bayangkan sekirannya dia berkuasa. Apa akan jadi negara kita ini? Sudah tentu kumpulan-kumpulan gay ini akan tumbuh bak cendawan putih.

Negara kita negara Islam yang diiktiraf oleh antarabangsa. Malulah kita kepada negara jiran-jiran kita yang beragama Islam sekiranya Malaysia di kenali dengan negara yang mengamalkan homosekual. Kenapa Anwar tidak memikirkan ini semua?. Apa yang Anwar fikirkan hanyalah untuk menjadi Perdana Menteri. Itu saja walaupun ianya ada berkaitan  dan menyentuh sensetiviti umat Islam negara ini.

Kepada Pemimpin-pemimpin Islam di London yang mengkritik aktiviti kumpulan homosekusal itu, akan menjadi sasaran dalam kempen kebencian dengan gambar mereka dimasukkan dalam poster 'Orang dikehendaki'. Soalanya, apakah ini akan berlaku di negara kita sekiranya berlaku perubahan pucuk pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim di PRU ke-13 nanti???.

Jawapan dari IBM : oh tidak...tidak pakatan rakyat menjadi kerajaan. Hancur negara kita, rakyat akan menderita dan negara akan bankrupt di bawah PR. IBM mengajak rakan-rakan pembaca semua supaya berfikir dua-tiga kali sebelum membuat pilihan dan menolak BN yang sudah banyak berjaya pada negara. Katakan tidak dan tolak Pakatan rakyat, itu yang IBM mahu dengar. Terima kasih. Ikhlas dari saya yang benar : IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
            -------------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...