Thursday, January 12, 2012

Demi Anak!! Bapa Saiful Merayu Segerakan Fail Rayuan.

AZLAN Mohd. Lazim pada sidang media merayu agar Peguam Negara membuat rayuan segera kes liwat melibatkan anaknya, Mohd. Saiful Bukhari di kediamannya di Bandar Utama, Damansara, Selangor, semalam. 

DEMI ANAK. Bapa sanggup berbuat apa sahaja. Sanggup bermati-matian demi mempertahankan maruah anak dan keluarga. Begitulah yang dilafaskan oleh En Azlan, ayah kepada mangsa liwat II Anwar, Mohd Saiful Bukhari.

Azlan Mohd Lazim, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas mahkamah tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya. Dalam satu sidang media dikediamannya semalam, beliau mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu. 

Ini seolah-olah Majlis Peguam yang sepatutnya menjaga dan membela rakyat, tapi mirip kepada politik dan seolah-olah menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim macam ada 'double standard' pulak. Apapun, kata beliau, lawan tetap lawan, demi maruah anaknya dan keluarga. Dalam hal ini, IBm setuju 100%. Teruskan buat rayuan.

Kalau Anwar boleh buat rayuan-demi rayuan sehingga kesnya itu berlanjutan sehingga dua tahun lebih, kenapa tidak Saiful?. Mana dia 'justice' untuk Saiful?. Bukan menyebok, bukan batu api, tapi, bagi IBM ada yang tak kena. Harap Saiful mendapat pembelaan semula. - IBM

ANWAR BELUM BOLEH TIDUR LENA LAGI. MASIH ADA CABARAN YANG MENUNGGU ORANG PENGKHIANAT DAN PEMBOHONG SEPERTI ANWAR.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...