Tuesday, January 24, 2012

Tinjau-Tinjau : Insyallah BN Menang PRU-13


INSYALLAH, IBM yakin 110% Barisan Nasional (BN) akan menang di PRU ke-13 nanti. Bukan IBM sahaja yang yakin bahawa BN akan menang, malah satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bagi trend Pilihan Raya Umum ke-13 ke atas 2559 responden mendapati 43 peratus daripadanya percaya BN  akan menang manakala 18 peratus percaya Pakatan Rakyat (PR) menang dan 39 peratus lagi tidak pasti.

Tinjauan dibuat ke atas 1,980 responden Melayu, 383 responden kaum Cina, 151 responden India dan 45 responden dari lain-lain kaum antara 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu. Penemuan lain turut mendapati 44 peratus responden berpuas hati dengan  prestasi BN sebagai Kerajaan dan 32 peratus lagi mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mempunyai hubungan baik dengan rakyat. Satu perkhabaran yang baik.

Mengenai pertanyaan sama ada Pas boleh menjadi alternatif kepada Umno, 40 peratus responden percaya ia boleh menakala 25 peratus  lagi tidak yakin . 35 peratus pula tidak pasti sama ada parti itu boleh menggantikan Umno. Bila ditanya apakah faktor yang penting mempengaruhi keputusan untuk mengundi pada PRU13, 51 peratus memilih parti, 42 peratus pula memilih calon dan 7 peratus lagi kerana sebab-sebab lain.

Selain itu, mengenai ketelusan dan keadilan sistem pilihan raya negara, 32 peratus yakin dengan sistem yang ada manakala 37 peratus meragui dan 31 peratus lagi tidak pasti. Mengenai faktor Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 32 peratus yakin PKR mampu berdiri sendiri tanpa Anwar Ibrahim manakala 28 peratus yakin parti itu akan musnah, manakala 40 peratus lagi tidak pasti.

Apapun, IBM tetap yakin BN akan menang dan akan terus menerajui negara ini kerana trek rekodnya begitu di yakini oleh rakyat. Slogan 'rakyat didahulukan pencapaian di utamankan' bukanlah janji-janji atau omong-omong kosong. Telah di buktikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Jadi, kenapa harus tukar kerajaan? - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                   -----------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

  1. Saya suka artikal yang akhir sekali.'jadi kenapa harus tukar kerajaan'. Kenapa harus tukar kerajaan ini kerana manifesto BN sebagai negara berkebajikan yg seolah-olah lari dari tajuk asal.sekarang ni kita dapat lihat harga barang naik, harga rumah naik, harga minyak naik,tiang AES naik,harga rokok naik dan bermacam lg naik. Semua perkara itu boleh dielakkan jikalau kerajaan inginkan. Kerajaan slalu bandingkan harga barang dinegara lain dan bila kami banding kan harga luar dgn negara mengikut fakta kami contoh nya ,kerajaan tak terima listen listen linten haiwan pun ada masaalah(blh tgk kat youtube) kalau semua itu dapat dikaeal mungkin tak payah tukar kerajaan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...