Thursday, January 26, 2012

Carling Cup. The Reds Benam Man. City


TAHNIAH..TAHNIAH..Liverpool!!!.
Liverpool mara ke Wembley. Craig Bellamy membawa tuah kepada Liverpool apabila gol penyamaannya memastikan bekas kelabnya, Manchester City terkeluar daripada beraksi di final Piala Liga Inggeris pada aksi dramatik separuh akhir kedua, di Anfield, awal pagi tadi. 

Ketika wisel akhir, kedua-dua pasukan seri 2-2, namun Liverpool mara ke final diWembley untuk bertemu Cardiff City, bulan depan dengan kemenangan agregat 3-2.

Pada aksi separuh akhir pertama lalu, Liverpool mengejutkan tuan rumah 1-0. City terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan jarak jauh Nigel De Jong pada minit ke-31 sebelum Steven Gerrard menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penalti pada minit ke-41.  Penyerang City, Edin Dzeko kembali meletakkan agregat 2-2 apabila meledak pada minit ke-67, namun Bellamy memberi kelebihan kepada Liverpool menerusi jaringannya pada minit ke-74.
p/s : Tersangat-sangat le gembira. IBM rasa bebaloi bercengkang mata hingga ke pagi. Perlawanan yang menarik dan mendebar. Moga Liverpool berjaya muncul juara Carling Cup buat kali ke 7. - Sembang-sembang SUKAN. - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
              --------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...