"IBARAT baling batu sembunyi tangan". Itulah yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim@Khalid gagap. Walaupun gagap, tapi otak si Khalid memang otak songsang. Sebenarnya dah lama Khalid gagap ni nak singkirkan Dr Hasan Ali Exco Kerajaan Negeri, tapi masa tu tak ada alasan yang kukuh untuk si gagap ni memecat Dr Hasan.
Sambil bermain sandiwara, Khalid menegaskan beliau tidak menerima desakan untuk memecat Datuk Dr Hasan daripada jawatan itu. Tapi, dalam hatinya betapa gembira dan tak sabar-sabar nak pecat Dr Hasan. Memang lama dah Khalid Ibrahim ni tak sehaluan dengan Dr Hasan. Mereka selalu berlaga angin. Mungkin si Khalid ni mendapat arahan dari bosnya, Anwar untuk mengetepikan Dr Hasan Ali.
Ditambah pulak desakan yang sama datangnya dari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Dr Hasan disingkirkan dari Pas. Nampaknya Pas terpaksa akur dengan PKR. Maka tersingkirlah Dr Hasan Ali sebagai ahli Pas. Apa yang disuarakan oleh si Khalid gagap tu memang ada faktanya. Dr Hasan tidak lagi menjadi ahli Pas dan beliau tidak lagi mewakili Pas dalam kerajaan Pakatan Rakyat, maka pandai-pandai le dan be genttlemen, letak jawatan, kata Khalid gagap pada Datuk Dr Hasan Ali. Agaknya le. Tapi, IBM positif.
Untuk selamatkan diri, Khalid gagap cuba beralih kepada sudut yang lain yang mana katanya, lebih adil dan tepat jika mendengar dan berpegang teguh kepada keperluan dan kehendak rakan sekutu. Itu, bagi IBM adalah alasan yang diberi oleh si Khalid. Licik juga si gagap ni. Lebih kurang macam bosnya si peliwat yang di bebaskan semalam. Apapun alasan yang diberi oleh si Khalid gagap ni, IBM merasakan memang ianya telah dirancang lama dulu setelah Pas dapat menghidu pergerakan dan peranan Datuk Dr Hasan Ali untuk menyatukan orang melayu Pas dan Umno.
Dengan maklmat yang mereka perolehi, mereka menganggap bahawa Dr Hasan Ali adalah spy Umno. Perlu disingkir secepat mungkin. Tapi, depa ni silap. Pas mesti ingat, Datuk Dr Hasan bukan calang-calang orang. Beliau pun mempunyai ramai penyokong dan paling berpengaruh di Selangor ini. Jangan cuba bermain api dengan Datuk Dr Hasan. Lambat laun korang akan terperangkap dan kecundang juga.
Pada Datuk Dr Hasan, jangan penik, jangan putus asa. IBM cadangkan supaya Datuk Dr Hasan Ali bergabung dengan UMNO, kita lancarkan perang habis-habisan dengan Pakatan Rakyat di Selangor ini. Insyallah Datuk, kalau kita bersatu, walaupun Datuk belum lagi terlintas nak isi borang Umno, tak apa. Datuk gunakanlah tiket 'bebas', tapi kita rapatkan barisan, kita sama-sama berganding bahu. Jom kita hancurkan Pakatan Rakyat di PRU ke-13 nanti. - IBM
KALAU DATUK DR HASAN ALI MASUK UMNO MANGKIN GAGAP LE SI KHAID NI. DIA TAHU DIA AKAN KECUNDANG DI PRU KE-13 NANTI. PR AKAN REBUH DI SELANGOR
Pada pendapat saya..tidak payah Dato Hasan masuk UMNO..biarlah dia bergerak bebas..at least boleh menutup ruang yang akan mengatakan dia telah dibeli UMNO..bila bergerak bebas pun dia masih berupaya menegakkan Islam dari luar PAS yang sudah tak berjuang menegakkan Islam..
ReplyDelete