Juara dan naib juara badminton terbuka Maybank Malaysia 2012 bergambar bersama.
Sembang-sembang sukan.
Badminton Terbuka Maybank Malaysia 2012.
Sekalung tahniah kepada pemain badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya menjuarai badminton terbuka Maybank Malaysia 2012 bagi kali kelapan selepas mengalahkan pemain dari Jepun Kenichi Tago dari Jepun dengan dua straight game, 21-9, 21-12 sebentar tadi.
Permainan nampaknya berat sebelah dimana Datuk Lee Chong Wei menguasai pemainan sepenuhnya tanpa mendapat tentangan dari Kenichi Tago. Tahniah sekali lagi kepada Datuk Lee Chong Wei kerana mengharumkan nama Malaysia di arena sukan badminton.
Gaya seorang jaguh badminton no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei
Semalam Datuk Lee Chong Wei menewaskan musuh tredisi no 2 dari China, Cheng Long diseparuh akhir dengan permainanan berlanjutan ke rubber game, 21-18, 17-21, 21-13. Sebelum itu ramai peminat-peminat sukan badminton mengharapkan perlawanan ulangan diantara Datuk Lee Chong Wei bertemu dengan musuh tredisi no 1 nya , Lin Dan, tapi tak kesampian kerana Lin Dan keceundang di pusingan kedua kepada pemain muda Denmark.
Datin Rosmah Mansor bergambar bersama dengan Menteri Belia dan sukan dan pegawai-pegawai BAM.
Datuk Lee Chong Wei dengan bangganya bersama tropi dan mok cek setelah menjadi juara.
Datuk Lee Chong Wei sekali lagi di nobatkan sebagai Juara badminton terbuka Maybank Malaysia 2012 buat kali kelapan sedang dikalongkan medal oleh Datin Rosmah Mansor.
Pemain No 3 dunia yang kecundang di tangan Lee Chong Wei di separuh akhir juga menonton perlawanan akhir diantara Lee Chong Wei dan Kenichi Tago.
Sebahagian penonton-penonton yang memenuhi Stadium Putra di Bukit Jalil.
Peminat badminton no 1 negara, Isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah begitu asyik mengikuti perlawanan akhir perseorang lelaki Badminton terbuka Maybank Malaysia 2012.
Untuk itu, majulah sukan untuk negara. Perlawanan setersnya masih lagi berlangsung. Selamat menonton - IBM