Saturday, January 28, 2012

Siapa Cepat Dia Dapat....Jom Rebut!!!


SALAM UNTUK SEMUA.

BETUL le kata Pepatah Melayu, "siapa cepat dia dapat, rezeki janngan ditolak, musuh jangan dicari".  Jom sebagai rakyat Malaysia yang layak, cepat ambil peluang keemasan ini.

Perkhabaran yang mengembirakan untuk rakyat semua. Di fahamkan penyertaan untuk Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (Sara 1 Maaysia) boleh dibuat mulai Isnin ini di Malayan Banking Bhd (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank dan Bank simpanan Nasional (BSN).

Caranya mudah sekali. Pemohon hanya perlu membawa kad pengenalan termasuk dua salinannya, kad pengenalan pasangan serta dokumen pengesahan gaji tiga bulan pemohon dan pasangan.

Dan, setiap individu perlu meminjam sebanyak RM5,000 seorang bagi setiap isi rumah tanpa dikenakan kadar faedah. Peserta yang layak akan mendapat insentif sebanyak RM134 sebulan daripada pelaburan RM5,000 yang dibuat dalam Amanah Saham 1 Malaysia (AS1M).


IBM dapat rasakan bahawa perkhabaran baik ini akan membuat penyokong-penyokong pakatan pembangkang tersenyum lebar, dan merekalah yang dulu akan menyerbu kat Bank-bank yang disebutkan di atas tadi.  Dah dasar pembangkang macam tu, apa nak buat.

Memang bebaloi. Apa lagi rakan-rakan semua. Tak kan tak nak kot. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana betul-betul serius menolong rakyat dan 'transformasi' yang dibuat oleh Perdana Menteri kita adalah satu transformasi untuk rakyat jelata juga untuk membangunakan ekonomi negara. Terima kasih..terima kasih. Sekian. 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                -----------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...