Wednesday, January 25, 2012

Khalid Gagap Dan Faekah Kata Negeri Selangor Depa Punya, Pak Him Diharamkan Masuk Selangor?? Undang-Undang Apa Ni??

APA le punya bodohnya undang-undang yang di pakai oleh kerajaan Pakatan rakyat Selangor ni?. Kalau depa mengata atau mengkritik orang boleh saja. Tapi bila kena kat muka diorang, cepat-cepat nak buat undang-undang tak benarkan orang masuk ke Selangor ni. Apa le punya cerdiknya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni. 

 Inilah muka-muka yang tak sedar diuntung. Buat undang-undang sendiri. Memalukan.

Isu ini timbul apabila Datuk Ibrahim Ali, Presiden Perkasa membuat komen dan mendakwa Khalid Ibrahim @ Khalid gagap, Menteri Besar Selangor yang mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam akan membolehkan pihak yang mengendalikan perniagaan 'tidak bermoral' meneruskan kerja-kerja mereka walaupun dari kalangan orang Islam.

Ini membuat Setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin melenting dan mencadangkan untuk menghalang Datuk Ibahim Ali daripada memasuki negeri itu. Aduh, bodohnya si Faekah ni. Dari mana dia dapat undang-undang seperti itu?. Bagi IBM itu merupakan kenyataan paling bodoh yang tidak pernah IBM dengar. Selangor ni bukan bapak dia dan Khalid gagap punya.

Bagi IBM, mana dia yang selama ini mereka mengatakan keadilan untuk semua rakyat?. Sekarang mereka mahu menghalang rakyat memasuki negeri...bagaimana dengan demokrasi dan keadilan yang mereka laung-laungkan selama ini?. Semuanya itu bohong belaka. Sedarlah wahai Faekah ooi. Malaysia adalah negara demokrasi. Begitu juga negeri Selangor ni. 

Kalau setakat bercakap atau mulut terlalu celupar menghentam pemimpin, apa kurangnya diri kamu tu. Begitu juga pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor ini. Cara kamu semua mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) tak ubah seperti 'anjing menyalak bukit'. Oleh itu, Wahai Faekah, cerminkan diri kamu tu dulu. Dan kepada Khalis gagap, hentikan sekirannya ingin mengharamkan Pak Him dari memasuki negeri Selangor ini.

Kalau korang buat juga, amatlah memalukan, tidak professional dan politk korang amat-amatlah kotor dan jijik. Rakyat patut tolak korang di PRU ke-13 nanti. Dan kalau nak difikirkan balik, adalah tidak lojik langsung kerajaan Pakatan negeri Selangor menghalang Datuk Ibrahim Ali dari memasuki negeri ini. 

Sekali lagi IBM ulangi, negeri selangor ini bukan 'bapak' korang punya. Harap maklum. Sekian. Saya yang benar : IBM.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
           ----------------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...