Thursday, January 12, 2012

Secebis Kata Untuk Peminat Anwar


SALAM semua. 
Nampaknya penyokong-penyokong  dan peminat DS Anwar sehari dua ini begitu gembira sekali apabila bos yang mereka sayangi telah dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.

Pagi tadi IBM sempat bedek-bedek akhbar SinarHarian. Sampai le IBM ke kolum CETUSAN. Si Penulis 'berpatah arang' Yusuf Harun menulis 'Secebis kata untuk peminat Anwar'. IBM tertarik dengan penulisan beliau dan IBM terus baca. Memang menarik dan bernas sekali segala apa yang beliau tuliskan. 

IBM harap-harap le para penyokong dan peminat Anwar dapat membeli dan membaca SH keluaran hari ini.  Apa yang cuba di terangkan oleh si penulis tersebut seharusnya membuka minda dan hati para penyokong dan peminat Anwar. - IBM

Begini cerita dan nasihat beliau :-

MAKA Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya. Bersoraklah penyokong beliau, termasuk kalangan pemimpin politik dan parti yang mempermodalkan Islam, malah ada pula yang berpuasa sunat. Agak pelik apabila kes bersifat peribadi ini disuntikkan elemen politik oleh pembangkang sedangkan jika menurut akal waras, apa kena-mengena tuduhan meliwat ke atas seorang warganegara dengan politik dan pentadbiran negara. Lainlah jika Anwar seorang pemimpin kerajaan, sebagaimana tuduhan kali pertama bagi kesalahan pertama satu ketika dulu. Tidak diketahui matlamat sebenar perhimpunan di luar mahkamah oleh penyokong Anwar, tapi ia mudah dilihat sebagai berbau politik. Belum pernah lagi sesebuah mahkamah dinegara ini, sejak merdeka, malah sebelum itu, membuat sesuatu keputusan dengan dipengaruhi oleh sepanduk dan laungan sebarang perhimpunan.  

Mahkamah adalah mahkamah dan hakim adalah hakim, mereka bukannya ahli politik. Kalau mereka bersimpati sekalipun kepada sesiapa yang tertuduh, ia tidak ada kena mengena dengan urusan rasmi mereka menentukan keadilan berasaskan hujah dan bukti. Kalau ada yang merasakan keputusan itu tidak adil, maka, that's too bad. Ini sama seperti keputusan terhadap Anwar. Suka atau tidak Saiful terpaksa menerimanya. Bagi mahkamah tidak ada asas untuk dilanjutkan kes perbicaraan tanpa adanya bukti kukuh dan dengan keputusan tersebut terjawablah  segala dakwaan kononnya mahkamah menyelebahi kerajaan sebagaimana cuba disebarkan peminat Anwar di dalam mahupun di luar negara.  Kalau mahu dikaitkan dengan politik sekalipun, keputusan itu sepatutnya memberi leverage tinggi buat Anwar. Tapi sayang, ia tidak beri apa-apa makna lagi buatnya walaupun dia dan penyokongnya berasa sebaliknya.
  

Barangkali Anwar cuma boleh berpuas hati dengan keputusan itu sebagai kemenangan peribadi. Tetapi di luar mahkamah, dan akibat tampak seolah-olah cuba menegakkan  benang basah, dan diperkukuhkan lagi dengan cita-cita jadi Perdana Menteri, tak kira bagaimana sekali pun. Segala-galanya bukan sahaja menembak kembali dirinya, tetapi mematuhi the law of diminishing return. Maknanya kini apa saja dilakukan hanya merugikan. Anwar bukannya Nelson Mandela. Bekas Pengerusi ANC dan mantan Presiden Afrika Selatan itu adalah seorang pejuang tulen. Jika anda membaca autobiografinya, Long Walk To Freedom, tidak ada dimana-mana dalam buku setebal 638 halaman itu mencadangkan Mandela menyimpan cita-cita mahu menjadi Presiden. Tidak mustahil dia pernah membaca buku tersebut untuk mantan Timbalan Perdana Menteri juga seorang tokoh pemikir ulung yang juga dilihat bercita-cita mahu menghidupkan Renaissaance Asia setelah agenda Melayu dan perjuangan Islam yang dipermodalkan satu ketika dulu sudah menjadi perjuangan secondary atau mengkin tidak ujud lagi sama sekali.

Sesiapa sahaja yang telah membaca buku itu boleh cerita bagaimana tulisan Mandela itu menjurus kepada perjuangan rakyat kulit hitam afrika selatan dan bukannya mengenai The African Renaissance yang tidak berpaksikan perjuangan bangsa. Seperti Tun  Dr Mahathir Mohammad, Mandela hanya guna politik untuk merealisasikan apa diyakini dan diperjuangkannya. Kedua-dua mereka tidak pernah terlihat mahu menjadi tokoh pemikir dan ahli falasafah politik. Namun bagi kebanyakan peminat setia Anwar, realiti politik dan perbandingan dengan yang lain-lainnya tidak penting. Mungkin mereka sdalah generasi muda yang tak mengikuti sejarah perjuangan tokoh yang akhirnya menjadi pemimpin politik bertarsf lagenda atau apatah lagi  membaca buku-buku seperti yang ditulis Mandela (tetapi dalam waktu sama mengaku diri memiliki kesedaran politik). 


Mungkin disebabkan penyokong bertaraf kelas kedua dan ketiga inilah kerjaya politik Anwar bukan sahaja tidak dapat melonjak ke puncak, tetapi terus merudum dari semasa ke semasa. Ramai berasa pelik tentang bakat semula jadi Anwar yang mampu memukau peminat setia ini walaupun ada diantara mereka  bukan sahaja berpendidikan tinggi,malah pemimpin negar kuasa besar, ulama dunia dan bertaraf rektor Universiti. Sesungguhnya inilah satu-satunya bakat dn kebolehan luar biasa yang tidak dimiliki oleh Niccolo Machiavelli, ahli falasafah politik zaman Renaissance (Renaissance asli dan bukannya Asian Renaissance yang diangan-angankan Anwar). Sekiranya Anwar hidup zaman Machiavelli, pemikir berbangsa Itali itu pasti akan tabik kepada Anwar.

Saya cuba memikirkan apakah yang telah dicapai Anwar baik ketika dalam Abim, Umno dan ketika ini  untuk manafat orang melayu, rakyat dan Malaysia. Anwar pernah memiliki masa yang banyak dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tapi tida siapa boleh mengingati apa sebenarnya sumbangan Anwar. Tetapi itu perkara biasa. Ada pemimpin yang popular cuma pandai bercakap tetapi tak pernah menyumbang sesuatu bermakna, walaupun sudah berpuluh tahun menjadi pemimpin kerajaan. Rasanya sudah sampai masa semua rakyat termasuk penyokong kelas dua dan ketiga mengkaji dan memikirkan semula tentng siapa sebenarnya patut diberikan sokongan. Kalau sekadar pandai pidato, guna hadis, ayat Quran, memetik kata dari buku-buku, tapi hasil fizikalnya 'habuk pun tarak'. Kirim salam sahajalah dengan tokoh pemimpin semacam ini.

SEKIAN. SELAMAT MEMBACA. TERIMA KASIH YUSUF HARUN.

4 comments:

  1. LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE
    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE

    ReplyDelete
  2. CPTJ ,
    Salam. TQ TQ TQ TQ TQ TQ.....:)

    ReplyDelete
  3. Assalam Bro

    Memang bernas apa yang ditulis... Apa sumbangan Anwar pada negara... TU dia Rusuhan Jalanan...

    ReplyDelete
  4. Salam ajai62,

    Memang benar. Apa sumbangan Anwar selama ini yg membuat rakyat begitu tksub padanya?..bagi IBM dia tak lebih dari seorang 'dajal' yang cuba menghasut rakyat untuk membawa negara kepada huru-hara dan perpecahan dikalang orang2 melayu dik kerana nak jadi 'PerdanaMenter' dan dendam kesumatnya terhadap pemimpin2 Umno yg mengingkirkan beliau dari Umno. Itulah sebenar-benarnya hajat beliau.
    Moga allah akan balas akan perbuatan khianatnya kepada bangsanya dan negara. Insyallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...