Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap tersasar jauh dalam soal mentadbir urus negeri kerana pemimpinnya terlalu mengejar kuasa politik. Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pemimpin parti pembangkang di negeri itu dilihat rakus berjuang bagi kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk kebajikan rakyat.
“Isu sampah, denggi, lambakan hotel bajet, rumah urut, ceti haram(Ah Long), kekurangan rumah kos rendah, jalan berlubang, penyelewengan serta pertelingkahan sana-sini bagaikan fenomena biasa di Selangor.
“Semua ini memberi kesan buruk kepada rakyat. Namun pemimpinnya pula terus mahu mempertahankan kedudukan politik mereka,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.
Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh PKR Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.
p/s : Sudah wajarlah rakyat Selangor buka mata dan menolak pakatan rakyat untuk terus menerajui negeri Selangor pada PRU ke-13 nanti. IBM rasa cukuplah selama 4 tahun ini, pakatan rakyat diberi mandat, tapi mereka ternyata gagal mentadbir negeri Selangor dengan baik. Jom tolak mereka. - IBM