Saturday, January 21, 2012

Bunyi Misteri Dapat Liputan Meluas Antarabangsa


ADA yang tertanya-tanya, bunyi apakah itu?. Dengkuran misteri dari langit begitu jelas didengar. Adakah itu menandakan dunia sudah mahu kiamat?...persoalan yang timbul di kepala ramai masyarakat di Sarawak. 

Kejadian bunyi misteri yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari lalu telah mendapat perhatian dunia apabila banyak media dan blog antarabangsa menjadikan laporan ini sebagai berita utama.

Pada malam 11 Januari, selain Kota Samarahan, kejadian sama turut berlaku di Budapest, Hungary dan Conldin, Canada. Ia menimbulkan keadaan 'histeria' dalaman-laman web apabula ratusan ribu penduduk mendakwa mendengar bunyi tersebut. Rabu lalu, penduduk di Nottigham UK, turut melaporkan kejadian sama.

Selain itu, kejadian serupa turut berlaku di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse, Amerika Syarikat pada 12 Mei dan Kiev, Ukraine pada 11 Ogos dan di Vibong, Denmark pada 16 September tahun lalu.


Dalam carian google strange sound over Samarahan, terdapat kira-kira 34,700 web memaparkan laporan ini yang pada mukanya disiarkan oleh The Borneo Post minggu lalu.
Selain itu, video rakaman bunyi misteri di Kota Samarahan di laman YouTube yang dimuatkan oleh akaun bernama 'BoyRahan' turut melonjak naik, apabila kira-kira jam 8:30 malam tadi telah disaksikan oleh 337,425 dan 377 komen pengguna seluruh dunia.

Rakaman video tersebut boleh dilayari di http://www.yputube.com/watch?v=LBRy_VJaMoo. Selain media -media tempatan, antara media antarabangsa yang melaporkan kejadian bunyi misteri ini adalah Yahoo/News, The Huffington Post Canada, liveleak dan ITN LINK

Sumber : Sinarharian. Terima kasih Sinar. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...