Sunday, January 15, 2012

Habis Le Pas Gombak. Ramai Yang Akan Tinggalkan Pas!!

LEBIH 100 ANGGOTA PAS KAMPUNG KERDAS GOMBAK SERTAI UMNO.

SERAMAI 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS. Kumpulan itu yang diwakili oleh Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis semalam.

Sebab-menyebab mereka menyertai Umno, selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas, mereka membuat keputusan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali daripada parti tersebut.

Jesteru, sukar bagi mereka untuk percaya dengan parti Pas dan kini mereka baru sedar dan yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat. Syukur alhamdulilah. IBM pun turut rasa gembira. Nampaknya tuhan telah tunjukkan mereka selama ini mereka tertipu oleh dakyah Pas yang hanya bertopengkan keagamaan semata-mata kerana mengamalkan politik 'songsang' mereka.

Mengikut Mohd Jais yang juga ketua Zon Pas Taman Kamariah Gombak, keputusan meninggalkan parti dibuat diatas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak. Walaupun dipujuk oleh PAS supaya kekal bersama parti itu, namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyeertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. 

Satu perkhabaran dan petanda yang baik untuk Umno/BN Selangor untuk merampas kembali negeri Selangor. - IBM

UMNO DAN BARISAN NASIONAL UNTUK SEMUA. BERJUANG UNTUK RAKYAT TIDAK MENGIRA BANGSA DAN AGAMA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...