Friday, January 27, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


27 Januari 2012

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA

Gambar biji Timah (gambar hiasan)

Salam Untuk Semua. Maaf kerana lama tidak mempaparkan slot 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Kerana ada masalah teknikal. kini, ianya kembali lagi. - IBM

PENERIMAAN PERJANJIAN BIJIH TIMAH ANTARABANGSA 1953
PENERIMAAN PERJANJIAN BIJIH TIMAH ANTARABANGSA 1953Tarikh Peristiwa : 27-01-1954 

Pada hari ini dalam tahun 1954, satu  Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1953 telah dicapai di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu telah diluluskan dan diterima oleh Kerajaan Persekutuan setelah dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Cadangan untuk menerima perjanjian tersebut telah dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan oleh Menteri Ekonomi Persekutuan, Tuan O.A. Stencer.  Seramai 6 orang ahli telah bercakap menyokong supaya perjanjian itu diterima dengan seorang menentang.  Akhirnya Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan yang bersidang pada hari ini menerima perjanjian tersebut. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1953 yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan ini adalah berkaitan dengan beberapa perkara berhubung dengan perusahaan bijih timah di negara-negara pengeluar di seluruh dunia. Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah mengenai pembatasan pengeluaran bijih timah supaya harganya boleh ditetapkan.  Persekutuan Tanah Melayu sebagai salah sebuah negara pengeluar bijih timah yang utama di dunia adalah terlibat dengan perjanjian ini.  Walaupun perjanjian ini telah mencapai lebih awal dipersidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi untuk melaksanakannya, negara-negara pengeluar mestilah memberi persetujuan terlebih dahulu. Setelah Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1953 ini diterima oleh Kerajaan Persekutuan, satu kajian yang merupakan pengundian telah dijalankan di kalangan syarikat-syarikat yang mengusahakan perusahaan bijih timah di negara ini untuk meninjau sokongan mereka.  Dari kajian tersebut sebanyak 68.3% daripada syarikat-syarikat tersebut bersetuju menerima dan mengambil bahagian di dalam perjanjian tersebut dan 29.9% tidak bersetuju.  Sebanyak 18% tidak mengundi.  Hasil daripada kajian ini, syarikat-syarikat perusahaan bijih timah di negara ini secara amnya adalah menerima perjanjian tersebut. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1953 yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini dalam tahun 1954 merupakan satu-satunya perjanjian yang penting berhubung dengan perusahaan bijih timah di negara ini.  Kerajaan British, dengan permintaan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan telah menandatangani Perjanjian tersebut itu bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu. 

SUMBER : ARKIB NEGARA.COM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                  ----------------------------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...