Thursday, January 5, 2012

Amalan 'Pluralisme' Boleh Menjurus Kepada 'Kekufuran'. Anwar Harus Di Hantar Ke Sg Buloh!!


BELIAU merupakan sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar. Bukan sehari, bukan dua hari, tapi, sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM). Dulu beliau adalah penyokong setia kepada Ketua Pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim. Kini. tidak lagi. Nak tahu apa sebabnya?. Mengikut Ismail Mina Ahmad (gambar), Anwar lebih cenderung kepada fahaman 'Pluralisme' agama.

Mengikut kata Ismail, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (Muafakat) fahaman tersebut boleh merosakan akidah. Difahamkan juga bahawa fahaman pluralisme ni boleh membawa kepada kekufuran. Itulah antara sebab-sebab mengapa beliau mengambil keputusan meninggalkan DS Anwar Ibrahim yang juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan 'Ahli Sunnah Wai Jamaaah'.

Selain daripada itu, beliau mengkritik mengenai perhimpunan haram 'Kempen Bebaskan Anwar 901'. Beliau menentang habis-habisan terhadap perhimpunan tersebut. Menurutnya, dalam syariat Islam ianya sangat-sangat di larang kerana semata-mata untuk memperjuangakan seseorang individu. Maksud beliau adalah kerana Anwar. Siapa Anwar? tanya beliau.

Kini jelas, Anwar bukan lagi pemimpin yang di sukai rakyat. Kawan-kawan pun dah banyak yang lari meninggalkan Anwar. Popularitinya jatuh menjunam. Maka, bagi pandangan cetek IBM, sudah wajar dan tiba masanya Anwar di hantar ke Sg Buloh. Biar dia betapa di sana. Mudah-mudah dia insaf dan bertaubat. Mohon keampuanan kepada Allah swt. -  IBM


DI SG BULOH ANWAR AKAN SENTIASA MENYANYI 'DIMANAKAN KU CARI GANTI'






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...