SEMBANG-SEMBANG BOLA - EPL
STEVEN Gerrard kembali menemui sentuhan berbisanya, apabila membantu menjaringkan satu gol ketika Liverpool menewaskan Newcastle 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, awal pagi semalam.
Ia adalah gol pertamanya, selepas dua bulan tidak beraksi, akibat masalah kecederaan buku lali. Dua lagi gol The Kop dijaringkan Craig Bellamy, manakala gol tunggal The Magpies diperolehi menerusi jaringan sendiri Daniel Agger.
“Gol ini menutup kekecewaan sepanjang 2011 kerana saya jarang beraksi akibat masalah kecederaan. "Selepas ini saya berharap mampu kekalkan momentum dan membantu memperbaiki kedudukan pasukan,” katanya.
Sementara itu, pengurus The Reds, Kenny Dalglish memuji persembahan dipamerkan Gerrard, walaupun dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua. "Pengaruhnya sangat kuat ketika dia berada di atas padang," katanya.

p/s : IBM memang konfiden Liverpool akan memenangi perlawanan semalam walaupun Newcastle mendahului 1-0 melalui gol sendiri Daniel Agger. Walau macamana pun serangan Liverpool jelas tumpul tanpa penyerang sensasinya Saurez kerana di gantung satu perlawanan. Harap selepas ini Liverpool akan terus mencapai kemenangan demi kemenangan.
"YOU'LL NEVER WALK ALONE"