Wednesday, January 18, 2012

ADUHAI!! Malunya. Rupanya Dr Ahmad Yunus, Bukan Dr Rani Ganti Hasan Ali...kah..kah..kah!!!!


MANA nak letak muka Dr Rani ni. Dulu, memang gah dan konfiden dialah calon yang paling layak menjadi Exco Selangor mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat dari Pas. Alih-alih  lain orang pulak yang dapat. Aduh, malunya.

Maka kini, terjawab le teka-teki siapa pengganti Datuk Dr Ali apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar) dilantik sebagi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Perlantikan itu sekaligus mengenepikan jangkaan awal bahawa jawatan berkenaan bakal diberikan kepada calon yang disebut-sebut sebelum ini, iaitu ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor.

Memang IBM pun dah jangka bahawa satu kejutan akan berlaku didalam perlantikan Exco Selangor ini. Malam tadi IBM dapat sms dari seorang sahabat yang juga ahli Pas bahawa Dr Rani Osman bukan calonnya. Kawan IBM tu tidak pula memberi tahu nama calon yang akan dilantik. Katanya, tunggu dan lihat.

Baru sebentar tadi majlis Istiadat Perlantikan Dr ahmad dan Angkat Sumpah Dr Ahmad sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MKNS) disempurnakan di hadapan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan kira-kira 10.15 pagi tadi. Maka, bekecailah dan remutlah hati Dr Rani kerana cita-citann ya tidak kesampian. Lepas ini, jangan le Dr Rani pulak yang akan merajuk, menghentam dan mengkritik kepimpinan Pas Pusat.

ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor selepas dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri yang baru di Shah Alam, Selangor. Beliau menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali yang dipecat sebagai ahli Pas baru-baru ini. 


Sebenarnya Pas sudah lama bermasalah. Dari luaran Pas nampak elok, cantik, tapi dalam dipenuhi dengan najis-najis yang perlu di cuci dan parasit-parasit yang dikatakan Oleh Datuk Dr Hasan Ali, berkeliaran didalam Pas menunggu untuk menumbangkan dan menyingkirkan mangsanya iaitu rakan sepejuangan mereka sendiri. Kita biar dan tinggalkan Pas dengan masalah dalamannya. Memang Pas didalam bahaya. Itu yang disuarakan oleh Datuk Dr Hasan Ali. Ini, bukan IBM kata, tapi bekas ahlinya yang kata, iaitu Dr Hasan Ali. - IBM

DALAM PAS MEMANG BANYAK PARASIT DAN PAS MEMANG SHIT!!!!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...