Monday, January 30, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


30 JANUARI

MENGIMBAU KEMBALI SEJARAH SILAM TANAH AIR KITA DULU DAN KINI

PELANCARAN PERTAMA MINGGU BAHASA KEBANGSAAN
Pada hari ini dalam tahun 1960, Minggu Bahasa Kebangsaan telah dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh  negara  dan  telah  berlangsung sehingga 6 Februari 1961.   Pelancarannya telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pusat Minggu Bahasa Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail.  Antara tujuan diadakan Minggu Bahasa Kebangsaan ini ialah untuk menggalakkan  penggunaan  Bahasa  Kebangsaan  dikalangan  rakyat  dalam  aktiviti  seharian.  Selain  itu, ia  juga  bertujuan  untuk  memperlihatkan  kepada  masyarakat  dunia  bahawa  rakyat  Malaysia,  bebas  merdeka  dan  mempunyai  Bahasa   Kebangsaan  yang  menjadi  bahasa  perantaraan  dikalangan  rakyat  yang terdiri  daripada  pelbagai  kaum.  Pada  kempen  ini  juga  masyarakat  telah  diberi  penerangan  mengenai  tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka  di dalam perkembangan bahasa kebangsaan serta  kerjasama yang  sentiasa  diharapkan daripada  semua pihak  bagi  kemajuan  bahasa  kebangsaan  dalam  segala lapangan.  Antara  acara  yang telah  diadakan sepanjang  kempen  ini  ialah  peraduan  karangan  pantun  dan  berbahas  dengan  tujuan   untuk  menggalakkan  penyertaan  dan  penggunaan  Bahasa  Kebangsaan.  Sesungguhnya,  Minggu  Bahasa  Kebangsaan  yang  telah  diadakan  ini  telah  mendapat  penyertaan  yang  menyeluruh  daripada  Kementerian dan Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi,  pihak  sekolah,  akhbar,  syarikat  swasta dan  pertubuhan-pertubuhan. 
SUMBER : [ARKIB NEGARA.COM]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                     --------------------------------------------------------------------------
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...