KEMBANG kimpis hidung si Azmin. Nafasnya kencang, telinganya merah. Marah betui dia dengan Dr Hasan Ali. Apa tidaknya, semalam di Sinar Harian kritikan yang begitu pedas sekali di lontarkan Dr Hasan terhadap isu Bebas Anwar 9011. Azmin begitu marah sekali kerana kononnya Dr Hasan menghasut ahli-ahli Pas dan orang ramai supaya jangan turun beramai-ramai menyertai perhimpunan 901.
Tidak mahu hadir perhimpunan, dia punya pasal, tapi jangan bising, kemudian suruh orang jangan hadir, kata Azmin dengan geramnya. Azmin bercakap tentang semangat dalam Pakatan Rakyat (PR) yang mana kenyataan Dr Hasan itu melanggar prinsip dalam parti Pakatan Rakyat. Dengan geram beliau mendesak agar Pas Selangor mengambil tindakan sewajarnya terhadap Dr Hasan.
Macam le budak-budak le pulak si Azmin ni. Kalau mengkritik orang tak apa. Tapi apabila kena kat batang hidung dia dan abang angkatnya si Anwar tu, melenting habis. Azmin kata lagi, mulut Dr Hasan terlalu celupar. Celupar? Celupar sangat ke mulut Dr Hasan Ali dengan kritikannya yang bernas itu? sekarang baru Azmin tahu yang Dr Hasan mulutnya celupar. Hairan juga ye.
Walauapa pun, wahai Azmin, itu hak Dr Hasan untuk bersuara dan itu juga hak dia samada dia nak hadir ke tidak. Menurut sumber yang tak rasmi, Tok guru Nik Aziz dan Presiden Pas, Hj Hadi Awang akan turut hadir bagi memberi sokongan padu pada Anwar.
IBM nak tengok sejauh mana Azmin boleh mempengaruhi Pas Selangor agar mengambil tindakan terhadap Dr Hasan Ali. Pas mesti ingat, krisis dalam mereka belum lagi reda. Isu Dr Hasan Ali dengan pemimpjn-pemimpin Pas negeri masih lagi hijau. Jangan sampai Dr Hasan Ali memetik suiz 'on' yang telah lama beliau sediakan. Hehehe..faham-faham je le apa yang IBM maksudkan suiz tu ye.
Ekoran dari kenyataan Celupar Dr Hasan Ali itu, mari kita baca Reaksi dari pemimpin-pemimpin Pas yang juga tak puas hati dengan kritikan tersebut :
"Pas tidak memiliki Presiden lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden sendiri akan turun pada hari itu, jadi sekarang tidak timbul apa-apa masalah lagi" - Naib Presiden Pas, Saifuddin Ayub.
"Saya lihat isu Hasan Ali ini sebagai isu kecil, jika dibandingkan dengan agenda menentang Umno/Barisan Nasional (BN). Isu ini tidak seharusnya diperbesarkan Pas Selangor kerana tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap beliau, terpulang kepada pimpinan Pas Pusar." - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.
"Sikap Hasan ali seolah-olah tidak mencerminkan keikhlasannya untuk berjuang bersama Pas. Walaupun parti berharap beliau berpegang pada janji untuk menyuarakan pandangan menggunakan saluran dalaman. Pas tidak pernah menyekat ahlinya menyuarakan pandangan, tetapi ia perlu disampaikan pada saluran yang betul. " - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu.
Itu pendapat korang, bagi IBM pula, korang nak berdemo ke berhimpun secara aman ke, segala keputusan mahkamah pada 9 Januari ini (Isnin) adalah muktamad, tidak boleh diubah lagi. Masa tu, IBM nak tengok bagaimana reaksi korang semua. Adakah korang berpegang pada janji yang telah di janjikan oleh timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa perhimpuan tersebut adalah perhimpunan aman dan damai. IBM nak tengok aman ke tak aman nanti.
Jangan pulak ada lagi insiden-insiden seperti Mat Sabu di langgar polis lagi, penyokong-penyokong korang yang mati kena kena sembur dengan air pemedih mata, lepas hidup kembali. Macam-macam lagi. Pada hal korang yang memulakan dulu. Polis hanya menjalankan tugas mereka sahaja. Hanya orang-orang yang tak ada akai je yang akan berdemo pada hari tersebut. Duduk kat rumah diam-diam atau pergi kerja, kan lebih bagus. Kesian bini dan anak-anak dirumah tu menanti kepulangan suami dan ayah mereka. Tiba-tiba disumbat ke dalam lokap kerana mempertahankan si 'dajal' sekor tu. fikir-fikirkanlah. - IBM
9 JANUARI 2011 ADALAH HARI JAHANAM UNTUK ANWAR JAHANAM DARI SEGI POLITIKNYA DAN JAHANAM DARI CITA-CTANYA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA. BYE-BYE KEPADA PUTRAJAYA. ANWAR TAK JADI DATANG.
umno lgi teruk...biaq pi la depa nk gadoh pon...sekurang-kurangnyer xde la depa tolak hukum Allah....
ReplyDeleteSalam L,
ReplyDeleteMaaf le ye. Berhimpun secara haram untuk membebaskan Anuar 901, itu hukum Allah ke? dan...sdr suka ke tengok kita sesama bangsa bergaduh kerana si Dajal seko tu?
Fikir-fikirkan, gunakanlah pemikiran kita dgn betul. Jgn terikut cakap2 orang. Yg binasa diri kita sendiri.