Sunday, January 8, 2012

Fikir Seribu Kali Sebelum Anda Beralih Kepada UNIFI-TM


SALAM untuk semua.
Kalau anda semua ada perancangan untuk menukar internet anda kepada Unifi-TM, IBM nasihatkan supaya anda berfikir bukan dua kali, tapi seribu kali. Memang tidak dinafikan unifi mempunyai kelajuan didalam internet, tapi, apabila berlaku masalah, mereka mengambil masa lebih dari 24 jam untuk menyelesaikan masalah atau membaiki kerosakan yang di hadapai oleh pelanggannya.

Maksud IBM, perkhidmatan pelanggan mereka, iaitu 'after sales service' amatlah mengecewakan. Rubbish!!.  Ini berlaku pada diri IBM sendiri. IBM terpaksa membuat lebih dari lapan kali panggilan untuk membuat aduan yang sistem mereka 'down' langsung tak berfungsi. Sebagai sebuah Syarikat komunikasi yang besar dan berpengaruh, ianya tak sepatut berlaku. Mereka seolah-olah tolak menolak apabila setiap kali di hubungi.

Memang betul, mereka terima aduan yang kita buat, tapi apabila sudah melebihi 24 jam, apabila dihubungi, staffnya berkata, juruteknik mereka sedang membuat kajian dan anda akan dihubungi sekiranya masalah sudah selesai. Tapi sayang, tiada seorang pun dari unifi yang menghubungi IBM, malah, IBM pulak yang kerap menghubungi mereka bertanyakan bilakah kerosakan itu dapat diperbaiki.

Nak tahu apa jawapan mereka?..."maaf encik, juruteknik kami sedang membuat kajian. nanti mereka akan hubungi encik kembali". Itu adalah panggilan IBM yang kelapan . Masalah belum lagi dapat diselesaikan dan tiada siapa pun dari unifi yang menghubungi IBM, Itu yang membuat IBM begitu kecewa. Sekarang sudah masuk hari ke tiga, masih belum ada tanda yang masalah itu dapat diselesaikan. IBM masih menunggu, tiada panggilan dari juruteknik yang memberi feed back apakah masalahnya.

Bayangkan selama tiga hari IBM tidak dapat tengok TV dan akses kepada internet. IBM terputus hubungan dari dunia luar. IBM tidak dapat buat posting di blog, facebook dan twitter IBM. Ini amat-amat mengecewakan. Maka IBM terpaksa pergi ke cyber cafe untuk membuat entry/posting di blog IBM. Sekarang ni ada kat cyber cafe.

Oleh itu, kepada anda semua, IBM nasihatkan supaya berfikir dulu sekiranya anda semua ada ura-ura untuk beralih kepada unifi. IBM bukan menghasut, tapi sekadar memberi tahu pengalaman yang memeritkan IBM. Ingat tukar kepada unifi dapat perkhidmatan yang lebih baik, tapi sebaliknya. Memang menyesal IBM bertukar kepada unifi. Tidak berbaloi langsung. IBM nak tunggu sampai besok, nak tengok apa pula cerita baru dari depa. Sungguh kecewa. - IBM 

6 comments:

  1. Saya pernah terputus talian internet selama 10 hari apabila beralih ke UniFi.

    ReplyDelete
  2. Salam bro Khairul abdullah,
    Memang unifi mengecewakan. Cara mereka promote produck memang dahsyat sekali. Seolah-olah merekalah pembekali internet no 1 negara. tiada lagi yg baik sebai unifi, tapi...itu semua bohong. cakap x serupa bikin.

    IBM akan bawa perkara ini lebih jauh ketengah. Memang IBM x puas hati. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman bro...:)

    ReplyDelete
  3. aku setuju seperti kenyataan IBM sbb aku baru ni pon kena macam tu apa nak jadi dengan TM ni x tau lah tukar jela jURUTEKNIK ke tempat lain atau tukar penagarah nya.kalau Syarikat besar boleh kena apatah lagi orang awam

    ReplyDelete
  4. Salam.
    anzcomputer,
    Bagaimana IBM x rasa kecewa. Lebih 8 kali IBM buat panggilan dan nyatakan no reportnya sekali, tapi jawapan yg IBM terima sama je. tunggu, juruteknik kami sedia check, nanti diorng akan hubungi encik. Sampai la ni x ada juruteknik depa yg call IBM.
    Mereka buat x tahu je....tapi, x apa. dunia belum kiamat lagi. IBM tgk besok. apa lagi alasan depa. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman dgn IBM...:)

    ReplyDelete
  5. Ermm... ari ni dah masuk seminggu talian internet terputus...
    Tech kata cable dr bilik riser ke rumah terputus
    TM kata ini pihak pengurusan apartment punya tugas...
    pihak pengurusan pulak kata ini pihak TM yg punya kerja...
    apa citer ni...

    ReplyDelete
  6. saya pun amik unify 10 siap tambah package hype tv mega. tapi cerita TAK bagus , promosi cakap bagus, rindu pulak kat astro walaupun cerita berulang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...