Monday, January 9, 2012

MURTAD : 686 Pemohonan Direkod. Tapi....Betul Ke Jumlahnya Tu??

SEREMBAN – Program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang diadakan semalam berjaya mengenal pasti sebanyak 686 permohonan murtad daripada masyarakat Islam di negara ini sehingga kini. Pengerusinya, Azmi Abd Hamid berkata, jumlah tersebut menggambarkan isu MURTAD sebagai isu besar yang perlu diberi perhatian dan ditangani semua pihak.

Jumlah tersebut adalah analisa terkini yang mereka perolehi menerusi permohonan murtad dilakukan di Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 36 permohonan murtad diterima dan ia bukan jumlah yang kecil. Beliau berkata semasa selesai program 'Himpunan Sejuta Umat' Peringkat Negeri Sembilan di Stadium Tertutup Paroi. 
Menurut beliau, sebahagian besar permohonan yang diterima untuk 'keluar Islam' terdiri daripada golongan saudara baru. Secara umumnya, permohonan paling tinggi daripada saudara baru. Dalam kalangan umat Islam pula, gejala murtad banyak melibatkan golongan remaja berusia lingkungan 20-an.
Antara faktor berlakunya gejala murtad ini adalah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga ilmu Islam yang masih kurang mendalam menyebabkan mereka ingin menukar agama. Beliau berkata, pihaknya turut mengesan kaedah terbaru cubaan menghasut umat Islam keluar agama menerusi lama sosial.
Mangsa terdiri daripada remaja perempuan yang terpengaruh melalui perkenalaan di lama sosial, di ikuti pertemuan sehingga menerbitkan cinta, sebelum menghasut mangsa untuk keluar agama. Menurut beliau lagi, mereka telah merekodkan pengakuan mangsa sendiri yang mendakwa diri mereka murtad. Namun dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita berjaya mengambalikan mangsa kepada ajaran Islam semula.
p/s : Bagi pandangan IBM, perkara ini harus di pandang serius dan kita kena bertindak segera. Kalau tidak lebih ramai lagi yang akan jadi mangsa. IBM rasa, mesti ada dalang atau ejen-ejen kristian yang berkerja keras untuk memurtadkan umat Islam. Itulah yang sedsng di perjuangankan oleh Datuk Dr Hasan Ali, tapi malangnya, beliau telah dipecat dari Pas. Nampaknya Pas takut dengan bayang-bayang mereka sendiri dan terikut telunjuk Anwar Al-juburi dan DAPig. Sampai bila ahli-ahli Pas di perkudakan oleh Anwar dan DAP?....kita tunggu dan lihat saja di PRU ke-13 nanti. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...