CUBA rakan-rakan pembaca semua tengok muka 3 ekor PKR ni. Ada rupa muka 'penyangak' tak?. Hari ini mereka di dakwa di mahkamah. Elok beno le tu. Ketiga-tiga mereka ni berkedudukan tinggi dalam Parti mereka. Tapi..perangai macam penyangak. Siapa tak kenal Ketuanya @ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali serta Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Itulah, tak penyakit cari penyakit. Nak jadi 'juara rakyat' konon.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, pihak polis telah menyempurnakan saman terhadap ketiga-tiga mereka hari ini. ''Kesemua penama tersebut telah dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini pada pukul 9 pagi esok (hari ini),'' lebih kurang begitulah.
Menurut beliau, kehadiran mereka ke mahkamah adalah untuk menjawab tuduhan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam. Sabit kesalahan, humban je kat Sungai Buloh, simpan ketiga-tiganya sampai habis pilihan raya umum (PRU). Tanpa gelagat tiga eko ni, barulah aman sikit Malaysia ni.
IBM malas nak komen dan tulis panjang kesah depa 3 eko ni. Buang masa dan menghabiskan boreh jo..kato orang negori. Biar Mahkamah yang handle mereka ni. Kalau dah penyangak tu, penyangak jugalah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA