BARU semalam, dalam blog IBM, IBM kata 4 orang perusuh Bersih 3.0 di cari Polis. Tapi sebenarnya mereka yang sedang dicari Polis adalah 49 orang. Semalam amaran dikeluarkan, hari ini, polis mengedarkan 49 keping gambar individu yang boleh membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu. Turut juga diedarkan adalah beberapa keping gambar kejadian yang berlaku semasa perhimpunan tersebut termasuk kenderaan polis yang dipecah dan dirosakkan.
Menurut kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (gambar) , polis berharap individu yang gambarnya didedahkan itu menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. Beranikah mereka-mereka tu?...entah-entah dah cabut lari. Tapi...IBM rasa tak kemana perginya korang. Lambat laun akan dicekup juga. Tulah, tak ada penyakit cari penyakit. Sekarang siapa yang nak tolong, Anwar, Ambiga atau Azmin?. Jangan mimpi le mereka nak tolong.
“Berdasarkan penelitian gambar-gambar tersebut, pihak polis memohon kerjasama daripada individu terlibat untuk hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau mereka yang mengenali individu sebagaimana gambarnya disiarkan tampil memberi maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Mohmad berkata, pihaknya juga merayu orang ramai yang mempunyai maklumat, menyaksi atau terkilan dengan apa-apa tindakan polis semasa proses penyuraian atau tangkapan semasa perhimpunan itu supaya membuat aduan di mana-mana balai polis.
Kata beliau, mereka juga boleh melaporkan perkara itu dengan menghubungi terus Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A (Samseng dan Kongsi Gelap), Asisten Supritendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau melalui e-mel di azmiaziz@rmp.gov.my.
DIBAWAH ANTARA SENARAI 49 PERUSUH YANG DIKEHENDAKI POLIS :
ANDA KENAL MEREKA-MEREKA INI??
OLEH yang demekian, pihak polis berharap individu yang gambarnya didedahkan ini menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. Kepada perusuh-perusuh ini, kalau berani buat perbuatan yang terkutuk dan melampau ni, jangan cuba larikan diri. Serah diri jangan jadi bacul. ~ IBM
TERIMA KASIH UTUSANMALAYSIA ONLINE.
DAN.....TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA