Monday, May 14, 2012

33 Warga Malaysia Diburu Interpol!!



SERAMAI 22 daripada 33 rakyat Malaysia yang nama mereka kini disenarai sebagai buruan polis antarabangsa (Interpol), dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah komersial.

Antara kesalahan tersebut adalah penipuan dokumen seperti memalsukan kematian dan kad kredit, penipuan dalam urusan pinjaman wang, kecurian maklumat serta penipuan dalam teknologi maklumat.

Sumber memberitahu, kebanyakan suspek dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia kerana melarikan diri ke luar negara bagi mengelak ditangkap selepas dikesan melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, selain jenayah komersial, terdapat lima rakyat Malaysia dikehendaki oleh Interpol kerana terlibat dalam jenayah pelarian, tiga orang berkaitan penyeludupan dadah dan masing-masing seorang berkaitan jenayah alam sekitar serta terorisme.

Cuba anda semua perhatikan betui-betui muka depa yang di atas tu. IBM rasa pernah kenal muka-muka depa ni. Macam muka-muka yang buat kecoh di perhimpunan Bersih 3.0 yang baru lepas tu je. Hehehe..just kidding. Apapun, kepada mereka yang terlibat, eloklah serah diri. Sembunyi di mana sekali pun, anda akan dijejaki. Lambat laun anda akan ditangkap juga.

Kalau betul-betul mereka ini sedang dicari oleh polis Interpol, memang mereka ini seorang rakyat yang tidak bertanggungjawab memalukan nama negara diperingkat antara bangsa. Kalau mereka ini sudah kembali dan bersembunyi di negara ini, jika ditangkap elok benarlah diserahkan kepada polis antarabangsa (Interpol) untuk dibicarakan dan disumbat ke dalam penjara. Muka yang tak guna satu sen pun. HAMPEHH!!! ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...