Monday, May 14, 2012

Khalid Gagap Main Air, Rakyat Selangor Makin Ditololkan!!



PERMAINAN Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor semakin membahayakan. Mereka tidak lagi mempedulikan tentang kebajikan rakyat Selangor, bahkan tidak mempedulikan tentang masa hadapan Selangor, sebaliknya Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat meletakkan dan berusaha untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri muflis yang setaraf dengan Kelantan yang bukan sahaja tidak mampu berdikari, bahkan tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat, Kelantan sudah pun tergadai di tangan orang asing.
Perkara paling asas bagi sesebuah kehidupan adalah AIR. Bekalan air di Selangor sememangnya sudah tidak mencukupi tetapi Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim cuba membodoh-bodohkan rakyat Selangor dengan fakta bangang mereka iaitu air mencukupi sehingga 2019.
Yang dikatakan bodoh ialah, kepimpinan Khalid Ibrahim tidak langsung mengambil kira tentang populasi yang semakin bertambah, kawasan industri baru yang bakal menyediakan peluang pekerjaan buat rakyat Selangor, kawasan perumahan baru yang menjamin bekalan tenaga kerja dan buruh pada kadar yang menarik buat pelabur-pelabur bagi meningkatkan pendapatan buat negeri Selangor dan perkara-perkara yang berkaitan.

129 buah kilang tidak dapat dibina di Selangor atas faktor bekalan air yang tidak mencukupi. Banyak projek perumahan yang tidak dapat diselesaikan dan diduduki kerana bekalan air tidak dapat dibuat. 12,000 peluang pekerjaan baru tidak dapat diadakan untuk rakyat dan generasi muda di Selangor. Pendapatan sekurang-kurangnya RM6 bilion tidak dapat dijanakan bagi tahun 2012.
Semuanya kerana AIR!
Kedegilan dan kegilaan bermain politik Pakatan Rakyat di Selangor, telah membuatkan prestasi Selangor sebagai Negeri Maju, merudum teruk. Kalau dibandingkan dengan Melaka yang tidak mempunyai sumber alam semulajadi berbanding Selangor, ternyata Melaka berada jauh di hadapan mendahului Selangor yang Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan terdahulu sediakan prasarananya.
Memang benar kenyataan yang mengatakan Selangor dan Pulau Pinang telah berundur. Malah bukan Selangor dan Pulau Pinang, bahkan negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, semuanya sedang mengalami kejatuhan. Walaupun data-data yang diberikan dan ditampilkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit menunjukkan berlaku peningkatan malangnya, yang tidak ditunjukkan oleh pentadbiran-pentadbiran negeri berkenaan adalah bagaimana Kerajaan Pusat terpaksa bekerja keras dan bertungkus lumus untuk mengekalkan prestasi ekonomi di negeri-negeri terbabit bagi mengelakkan bencana ekonomi dan sosial yang lebih besar.
Umum mengetahui, Pulau Pinang dan Selangor merupakan kawah ekonomi Malaysia yang menampung tenaga kerja yang sangat ramai berbanding negeri-negeri lain (kecuali Johor). Kerajaan Pusat tidak ada pilihan lain kecuali bekerja bagi pihak kerajaan-kerajaan negeri terbabit bagi mengelakkan pengangguran dan kejatuhan ekonomi yang tidak sahaja meranapkan negeri-negeri itu, tetapi juga fundamental ekonomi Malaysia sendiri.
Mungkin menyedari keadaan itulah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat lebih selesai bermain retorik dan kemudian mengaku kerja-kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat di negeri masing-masing sebagai kerja mereka sendiri.


Itulah yang berlaku di Selangor apabila Khalid Ibrahim cuba bermain tarik tali menerusii projek penyaluran air mentah dari Pahang. Yang Khalid Ibrahim sibukkan adalah penstrukturan air, walhal penstrukturan air tiada kena-mengena langsung dengan bekalan air mentah yang akan disalurkan kepada kediaman domestik dan kawasan domestik.
Dalam keadaan yang semakin gawat dengan simpanan air yang berkurangan, Khalid Ibrahim masih lagi memikirkan tentang keuntungan besar yang boleh dikaut oleh kroni-kroni dan dirinya sendiri. Apa jaminan penstrukturan air akan membolehkan bekalan air mentah akan bertambahh di Selangor? Apakah runding terus yang dituntut oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat dalam Projek Loji Sungai Langat 2 akan menjamin bekalan air mencukupi untuk segala keperluan di Selangor?

Sampai bila rakyat Selangor akan terus membiarkan Selangor terus semak dengan masalah retorik yang tidak berkesudahan mainan Pakatan Rakyat? Janji-janji dan ikrar yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim setakat ini, tidak satu pun yang ditunaikan… dan kini pastinya, Khalid Ibrahim akan memulakan janji baru untuk menutup kepincangannya dalam pembekalan air dan memastikan bekalan air di Selangor terjamin!
Inilah antara fakta-fakta yang harus rakyat negeri Selangor ambil kira dan mengapa kerajaan Khalid gagap harus di singkirkan di PRU ke-13 nanti. Kerana apa?....kerana Khalid dan kuncu-kuncunya memang membuncitkan perut mereka dan mengikis segala kekayaan yang ada di Selangor ini. Oleh itu, marilah kita beramai-ramai berjihad, hapuskan Pakatan Rakyat di Selangor dan negeri-negeri yang mereka perintah sekarang. ~ IBM
SUMBER DARI : SELANGOR DAILY.COM ~ TERIMA KASIH.
DAN.....TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...