BILA IBM baca artikel ini memang sukar nak dipercayai. Sikitnya orang, kenapa boleh jadi macam itu?, sebenarnya itu adalah kehendak dan kuasa dari ALLAH s.w.t. Dia yang berkehendak, dia yang menentukan segala-galanya. Mari kita baca kisah seterusnya :
Pitcairn Islands
1.PITCAIRN ISLANDS
Pernahkah anda mendengar nama negara, Pitcairn Islands? Mungkin ini pertama kali anda mendengar nama berkenaan. Tahukah anda, negara pulau ini adalah negara yang paling sedikit penduduknya di dunia. Negara ini hanya mempunyai 67 orang penduduk saja.
Berdasarkan jumlah penduduknya, negara ini juga menjadi negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi terkecil di dunia. Sehingga Julai 2011, negara ini masih di bawah jajahan British yang merangkumi empat buah pulau gunung berapi yang terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik. Empat pulau itu adalah Pitcarn, Henderson, Ducie dan Oeno. Hanya pulau Pitcairn saja yang berpenghuni. Mengikut sejarah, penghuni asal Pulau Pitcairn adalah golongan ‘Bounty Mutineers’ (Pemberontak Bounty) iaitu kelasi kapal perang British bernama ‘Bounty’ yang bangkit menentang dan mengambil alih kapal kerana tidak berpuas hati dengan kapten kapal mereka yang dikatakan sangat kejam.
Sembilan pemberontak ‘Bounty’ ini belayar menuju ke kepulauan Pitcairn pada 1970 diiringi 18 warga Tahiti (6 lelaki, 11 wanita dan seorang bayi) yang menjadi tahanan dalam pelayaran Bounty. Selepas berjaya mendarat di pulau itu, mereka bertindak membakar kapal Bounty. Sehingga kini, serpihan kapal ini masih boleh dilihat dari permukaan air di Teluk Bounty dan kisah berkenaan diceritakan dalam beberapa buah filem seperti Mutiny of the Bounty.Pada 1937, Pitcairn Islands dicatatkan mempunyai seramai 233 penduduk, namun ramai yang berpindah keluar negara terutamanya New Zealand selain mati akibat penyalahgunaan alkohol, masalah sosial dan pembunuh.
Pada 2009, dicatatkan negara kecil ini mempunyai seramai 45 penduduk saja. Sistem politik di Pitcairn Island adalah mengikut sistem wilayah jajahan yang mempunyai wakil parlimen yang dipilih secara demokratik di mana Datuk Bandar dilantik sebagai ketua Kerajaan. Pusat pemerintahannya terletak di Auckland, New Zealand, namun kuasa ketenteraan dan keselamatannya terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan British. Dikenali sebagai negara kecil tetapi Pitcairn Islands mengandungi sumber semula jadi yang banyak dan sangat produktif malah terkenal dalam aktiviti pertanian seperti penanaman pisang, betik, nanas, mangga, tembikai, oren, kelapa, tebu dan sebagainya. Pulau ini juga terkenal dalam aktiviti pelancongan malah 80 peratus daripada pendapatan tahunan penduduk Pitcairn Island disumbangkan sektor ini.
Pulau Falkland
2. PULAU FALKLAND
Pulau ini terletak di bahagian selatan Laut Atlatik dan barat laut benua Amerika Selatan. Pulau ini menjadi tanah jajahan Britain sejak 1833, namun sehingga kini ia menjadi rebutan antara Britain dengan Argentina. Peperangan Falkland meletus antara Argentina dan Britain pada 1982 dan berpanjangan sehingga dua bulan.
Peperangan ini di akhiri dengan pengunduran tentera Argentina. PBB menganggarkan penduduk Falkland Islands seramai 2,955 pada 12 April lalu. Penduduk utamanya adalah keturunan British, Perancis, Gibralta dan Skandinavia. Kadar pertumbuhan penduduk di antara 1851 sehingga 1911 mencatatkan peningkatan dari 287 orang kepada 2,272 orang penduduk.Namun, ia semakin menurun antara 1931 sehingga 1980 dari 2,392 orang kepada 1,813 orang kesan pertelagahan antara kerajaan UK dengan Argentina yang disusuli peperangan pada 1982.
Pada 2006, kadar pertumbuhan penduduknya mencatatkan peningkatan kembali kepada 2,094 orang berikutan penghijrahan masuk penduduk daripada UK, Saint Helena dan Chile.
Vatican City
3. VATICAN CITY
Statistik dikeluarkan PBB sehingga 12 April lalu menunjukkan Vatican City di Rome, Itali, adalah sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara 'merdeka' yang paling kecil dan paling sedikit jumlah penduduknya di dunia iaitu 640 orang. Ia mempunyai keluasan tanah sebesar 44 hektar (110 ekar). Kawasan yang terletak dalam wilayah kota Vatican adalah Dataran st. Peter, Basilika St. Peter dan Istana Apostolik.
Wilayah berkenaan dikelilingi satu tembok yang juga sempadan antarabangsa antara Vatican City dengan Itali. Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran yang ditandatangani Catero Gaspari yang mewakili pusat Pentadbiran gereja roman katolik dan Benito Mussolini yang mewakili Kerajaan Itali.
Vatican City adalah sebuah kota yang terdapat muzium serta taman tinggalan Empayar Rom yang diisytiharkan Taman Warisan Dunia oleh Unicef. Sumber kewangan negara ini adalah berpunca daripada sumbangan yang dikenali sebagai Peter’s Pence yang didermakan oleh individu atau syarikat penganut Roman Katolik dari seluruh pelusuk dunia.
Sebahagian pendapatan juga dihasilkan melalui penjualan setem, jualan cenderahati, kutipan muzium dan hasil penerbitan. Negara ini tidak mempunyai lebuh raya, landasan kereta api atau lapangan terbang. Berikutan ia sebuah negara daratan yang dikelilingi oleh bandaraya Rome, negara ini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh Itali untuk laluan masuk ke Vatican City. Vatican City adalah pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik dunia. Ketua negaranya adalah Pope Benedict XVI.
Kepulauan Cocos (Keeling)
4. KEPULAUAN COCOS (Keeling)
Negara jajahan Australia ini terletak di Lautan Hindi, bahagian barat Pulau Krismas atau lebih tepat lagi terletak di pertengahan dari Australia ke Sri Lanka berhampiran Indonesia. Mempunyai penduduk seramai 596 orang di mana 80 peratus daripada mere4ka beragama Islam serta boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Kepulauan ini mengandungi dua atol dan 27 pulau terumbu karang, namun tidak mempunyai sumber air bersih dari sungai atau tasik. Penduduknya bergantung sepenuhnya kepada bekalan air bawah tanah dan tadahan air hujan. Ibu negeri Kepulauan Cocos (Keeling) adalah Pulau Panjang manakala penempatan penduduk terbesar adalah Kampung Bantam (Pulau Selma).
Pemerintahan kepulauan ini berasaskan kepada Akta Pulau cocos (Keeling) 1955 dan ia bergantung kepada undang-undang Australia. Kepulauan ini ditadbirkan dari Canberra oleh Jabatan Peguam Negara (sebelum 29 November 2007 pentadbiran dikendalikan Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan), melalui pentadbir bukan pemastautin yang dilantik Gabenor Jeneral.
Pentadbir terkini Neil Lucas, yang dilantik pada 30 januari 2006. Beliau juga dilantik Pentadbir bagi Pulau Krismas. Kedua-dua Wilayah ini adalah sebahagian daripada Wilayah Luar Negeri Australia. Kepulauan ini juga mempunyai angkatan polisnya yang tersendiri. Namun, aspek pertahanan di kepulauan itu masih di bawah tanggungjawab kerajaan Australia.
Kegiatan ekonomi utamanya adalah pelancongan seperti sukan air, selam skuba serta alam semuala jadi. Sebahagian kecil penduduk pulau ini menguasahakan kebun kecil dan penangkapan ikan untuk sumber bekalan makanan. Sebahagian besar bekalan makanan adalah diperolehi daripada Australia dan tempat lain.
Kadang-kadang bila kita mengenangkan apa yang berlaku di negara kita, pergolakan politiknya yang agak runcing dik akibat pembangkang begitu ghairah untuk berkuasa dan mengulingkan kerajaan yang ada sekarang, IBM terbayang, alangkah seronoknya tinggal di negara yang penduduknya tidak ramai seperti apa yang kita baca di atas. Tiada tekanan, tiada berebut jawatan dan sebagainya. Apapun, bak kata perpatah, "ibarat negeri berubah resam". Maknanya, secantik mana atau bagusnya resam di negeri orang, namun resam dinegri sendiri tidak dilupakan." ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Abang Sayang,
ReplyDeleteJangan risau Abang Sayang. Kalau tanpa segmen sex gay dan lesbian pun Utusan malaysia dan cukup lari di negara kita ini. Ceritacerita yg x senonoh tu elok le di paparkan di akhbar2 pembangkang seperti Harakah, M'sia kini, M'sia Insider...dan yg lain2.