Wednesday, May 9, 2012

Liverpool Belasah Chelsea 4-1


SEMBANG-SEMBANG BOLA :



Perlawanan Liverpool vs Chelsea pagi tadi berakhir dengan kemenangan 4-1 kepada Liverpool. Sebagai peminat Liverpool, kemenangan ini tidaklah begitu dirasakan sebab perlawanan tersebut tidak lagi penting buat kedua-dua pasukan.

Musim ini, Liverpool tidak ada apa-apa target lagi yang tinggal selepas memenangi Piala Carling Cup, hanya menunggu untuk menamatkan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang masih tinggal. Chelsea pula, peluang untuk menduduki tempat keempat Liga perdana Inggeris yang membolehkan mereka masuk ke kelayakan Champion League sangat tipis. Mungkin sebab  menyedari hakikat tersebut, pasukan Chelsea hanya menurunkan segelintir sahaja pemain utama dan fokus utama Chelsea sudah pasti adalah misi utama Chelsea sekarang adalah Champion League Final menentang Bayern Munich. Kemenangan ke atas Bayern Munich merupakan satu-satunya tiket untuk Chelsea bertanding dalam Champion League musim depan selepas tewas kepada Liverpool.
Gol-gol Liverpool : gol sendiri (Michael Essin) minit (18), Jordon Henderson (24), Daniel Agger (27), Jonjo Shelvey (61), manakala gol sagu hati Chelsea oleh Ramires, minit (49).
Apapun, IBM bangga melihat corak anak-anak buah Kenny bermain. Berbeza semasa perlawanan akhir Piala FA. Walaupun Chelsea menyimpan setengah pemain utama mereka bagi menghadapi perlawanan akhir Champion League menentang Bayern Munich. Tapi..itu bukan alasan. Kepada semua peminat-peminat Liverpool, teruskan menyokong pasukan kesayangan kita, insyallah, Liverpool akan bangkit di musim baru ~ IBM
 "You'll Never Walk Alone"
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...