Wednesday, May 30, 2012

Pendedahan Terbaru RPK (Kes Rasuah) Terhadap Azmin, Adakah Satu Lagi Komplot Dan Agenda Politik UMNO???

 SALINAN dokumen didakwa membabitkan kes rasuah Azmin.



RAJA Petra Kamaruddin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya. Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen rahsia itu di Balai polis Putrajaya petang semalam. Beliau yang enggan mengulas lanjut dakwaan berkenaan berkata, jika benar dakwaan Raja Petra itu, siasatan akan dilakukan kerana siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu. Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM 1.5 juta dan hampir RM 10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek," katanya yang turut menyiarkan dokumen itu menerusi portal beliau semalam.


Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak. “Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Mohamed Azmin. “Dalam fail itu juga menyatakan Mohamed Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku. “Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Mohamed Azmin,” katanya. Pendedahan terbaru itu antara beberapa siri pendedahan beliau mengenai kepincangan dan rasuah yang berlaku membabitkan kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Raja Petra berkata, sumber beliau itu adalah antara pegawai anti rasuah yang mahu dunia tahu ada juga pegawai SPRM yang korup sama seperti orang yang siasatnya. Dia menyifatkan mereka seperti meletakkan musang dalam reban ayam.


Satu pendedahan yang cukup konkrit dari RPK. Elok benarlah SPRM membuka kembali fail kes 'rasuah' si Azmin ini dan di bawa ke muka keadilan. Bayangkan ianya mencerminkan betapa korupnya si Azmin dan bossnya, Anwar Ibrahim yang semasa itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, mengarahkan agar kes itu ditutup. Bagaimana sekirannya Anwar menjadi Perdana Menteri pula sekarang ini?....jawapannya hancurlah negara, porak-perandalah jadinya.

Maka, kes ini harus disiasat dan hadapkan muka-muka penyangak-penyangak Pakatan Rakyat yang menabik dada, kononnya mereka bersih dan bebas dari rasuah. IBM rasa RPK mendapat maklumat yang betul dan berasas kali ini. Tahniah RPK, walaupun ada yang mengelar RPK sebagai 'tali barut' Barisan Nasional (BN)/Umno. Kepada Azmin dan kuncu-kuncunya yang lain, termasuk boss Azmin sendiri, Anwar Ibrahim, bersedialah kerana seluar korang dah hampir londah dan akan dibogelkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

2 comments:

  1. salam admin..

    mohon link blog saya.
    www.hurairahady.blogspot.com.

    saya telah link blog admin..

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. W'kumusallam.

    Insyallah akan saya linkkan. Dan..terima kasih kerana telah linkkan blog saya di blog tuan. ~ IBM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...