Thursday, May 10, 2012

Kes 'Mata Lebam', Anwar Disaman??

BILA IBM teringat kembali al-kisah 'mata lebam' Anwar ni, nak tergelak pun ada, simpati pun ada. Tapi...mengenangkan mulutnya yang 'celupar' apabila memanggil Tan Sri Abdul Rahim Noor (Ketua Polis Negara ketika itu) 'anjing', IBM rasa memang patut Anwar dibelasah sebegitu rupa. Padan muka.

IBM ingat kes tu dah selesai, kerana mantan Ketua Polis Negara yang melebamkan mata Anwar telah dijatuhkan hukum. Tapi, seorang lagi mantan Ketua Polis Negara menyaman Anwar. Maka di Mahkamah Tinggi hari ini, menetapkan tiga hari mulai 16 Oktober ini untuk perbicaraan penuh kes saman bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas bertemu dengan peguam K K Lim yang mewakali Musa dan Bani Prakash mewakili Anwar. Bani memberitahu kepada pemberita bahawa mahkamah menetpkan 24 Mei ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan pihak plaintif (Musa) menfailkan isu-isu yang akan dibicarakan pada perbicaraan itu.

Difahamkan, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor pada 1 Julai 2008 dengan mendakwa Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mereka-reka keterangan dan menyembunyi beberapa fakta dalam penyiasatan serangan fizikal terhadapnya oleh Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, pada 1998. 

Berikutan itu, Musa menfailkan saman terhadap Anwar pada 21 Julai 2008 atas alasan dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar dan serta mencemarkan maruah peribadi, imej, kehormatan dan nama baiknya serta kapasiti profesionalnya. Betul tu, IBM setuju benar Tan Sri Musa menyaman si Al-juburi tu kerana selama ini beliau selalu sangat nak saman orang.

Sekarang giliran beliau pulak (Anwar) disaman. Biar dia tahu undang-undang negara tidak di persendakan begitu sahaja. IBM rasa, ada asasnya Tan Sri Musa saman Anwar. Cuba lihat gambar (diatas, kanan) tu, lebam mata kanan Tan Sri Musa. Siapa yang pukul dia ye?...dan begitu juga mata kiri Tan Sri Abdul Ghani Patail, pun lebam, siapa yang pukul mereka ni ye?...hehehe. Tan Sri Abdul Ghani tak nak sama Anwar ke?. Mana le tahu kot Anwar yang hantar samseng jalanan.

Kita tunggu keputusan kes ini. Kita tunggu siapa yang kena nanti. Insyallah, mahkamah kita adil. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...