Saturday, May 26, 2012

Ceramah Anwar, Ummi Bertukar Kecoh

Sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah 'Ganyang Petualang Negara' yang diadakan di Kuarters DBKL Pantai Permai, Kuala Lumpur, malam semalam.
Dik kerana PANAS, PANAS, sesi ceramah antara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali yang dibuat sebelah menyebelah di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, di Pantai Dalam malam tadi bertukar kecoh. Memang panas pun. Sahut menyahut dari kedua-dua penyokong. 


Akibatnya, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun Anwar seperti biasa pantas menuduh Pergerakan Pemuda UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai bertanggungjawab atas insiden itu. Memang dah diduga. Apabila keadaan seperti itu berlaku, pembangkang seperti si Anwar ni akan menyalahkan UMNO, tiada lain yang dituduh melainkan UMNO.

Itulah modal pembangkang. Maklumlah PRU ke-13 dah hampir tiba. Jadi, pembangkang nak tunjuk 'terer' bahawa depa je yang betui, kerajaan semua salah. Dah le tu Anwar. Tak usah nak temberang lagi le. Rakyat dah tahu siapa ko sebenarnya. Manusia yang dikatakan tiada 'wajah', sentiasa berubah-ubah sebiji macam 'sesumpah'. Tak lama lagi kena makan sumpah le  tu. ~ IBM.

Terima kasih Utusan Malaysia Online.

DAN.....TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...