MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR
PENDUDUK IJOK TUNTUT JANJI KHALID GAGAP
SEKARANG baru mereka sedar. Selama ini mereka ditipu, dipermainkan oleh Pakatan Rakyatt. Semasa pilihan raya ke-12, mereka berjanji bagi nak 'rak'. Mereka (Pakatan Rakyat) semasa kempen, menghasut rakyat supaya 'jangan mengundi' Barisan Nasional (BN). Kononnya, sekiranya mereka menang dalam PRU tersebut, mereka berjanji akan membuat perubahan dan perancangan yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional (BN). Kini....apa sudah jadi, janji tinggal janji, kebajikan rakyat terus diabaikan.
Kini, penduduk-penduduk di Ijok terjaga dari tidur. Sekarang baru mereka sedar, selama ini mereka dipergunakan dan ditipu oleh Pakatan Rakyat semata-mata untuk kepentingan 'politik kotor' mereka. IBM difahamkan kira-kira 100 penduduk Simpang Ijok kesal dan marah terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim @ Khalid gagap yang didakwa gagal melaksanakan janji untuk mengekalkan kemudahan awam, tapak rumah ibadat masyarakat Hindu serta tanah wakaf masjid di kawasan itu. Perasaan kesal dan marah itu disuarakan mereka dalam perhimpunan aman untuk mengingatkan Menteri Besar mengenai janjinya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan mengatakan untuk memelihara kawasan tersebut yang kesemuanya terletak di atas tanah seluas empat hektar dari sebarang projek pembangunan.
Seorang bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia Ijok berkata, ketika kempen pilihan raya pada tahun 2008, pakatan pembangkang berjanji kepada semua penduduk di situ bahawa kemudahan masyarakat seperti padang bola sepak dan kuil tidak akan diusik untuk pembangunan. Namun, kata beliau, "keadaan sebaliknya berlaku apabila pakatan pembangkang menjadi kerajaan negeri yang mana kawasan itu telah diambil untuk dibangunkan projek perumahan. ". Itulah janji-janji kosong mereka.
Tapi....itu semua dah terlambat untuk dipertikaikan. Apa yang perlu semua penduduk/pengundi di ijok buat, hukum mereka-mereka itu, tolak Pakatan Rakyat (PR) di PRU ke-13 nanti. Kuasa ada ditangan korang semua. Apa nak ditakutkan. Beri kembali mandat kepada BN...insyallah, semua itu akan diperbetulkan. Nasihat IBM kepada semua penduduk Ijok, jangan ulangi lagi kesilapan yang lampau. Cukup sekali korang semua ditipu. Oleh itu, demi untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat di negeri Selangor, khususnya di Ijok ini, kembalilah kepada BN. Kita semua akan selamat, insyallah ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA