SEMBANG-SEMBANG SUKAN......
CHINA lagi. Bila le pulak agaknya pasukan badminton kita nak bawak balik Piala Thomas balik ke Malaysia?. Dah lama peminat-peminat badminton tanah air merindukan Piala Thomas.
CHINA lagi. Bila le pulak agaknya pasukan badminton kita nak bawak balik Piala Thomas balik ke Malaysia?. Dah lama peminat-peminat badminton tanah air merindukan Piala Thomas.
JUARA bertahan, China mengekalkan kejuaraan Piala Thomas buat kali kesembilan apabila mudah menewaskan Korea Selatan 3-0 pada aksi final di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada edisi 2006 di Jakarta dengan China menang 3-1. Kejayaan ini sekali gus membuktikan negara Tembok Besar itu sukar digugat oleh pasukan lain.China selaku pilihan utama pada edisi kali ini, mencapai mata kemenangan pertama menerusi pemain perseorangan mereka, Lin Dan yang menewaskan Lee Hyun Il dengan catatan 21-14 dan 20-17.
Selepas kejayaan Lin Dan itu, gandingan beregu utama China, Cai Yun/Fu Haifeng tidak memberi peluang kepada gandingan Korea Selatan, Lee Yong Dee/Kim Sa Rang di set pertama apabila mudah mencatat kemenangan 21-17. Bagaimanapun, dalam set kedua, beregu pilihan pertama kejohanan itu nyata perlu bekerja keras untuk mengutip mata kedua sebelum menamatkan permainan 25-23 dalam masa 53 minit. Sementara itu, turun selaku pemain harapan dalam mencipta kemenangan, Chen Long nyata tidak mengecewakan apabila mudah memastikan Piala Thomas kali ini sah menjadi milik China selepas menewaskan Shon Wan Ho, 21-9 dan 21-13.
Tahniah kepada pasukan China. Harap pasukan badminton negara dan juga pegawai-pegawai BAM memulakan kerja keras untuk mencari pemain-pemain baru sebagai pelapis untuk membuat persiapan di perlawanan Piala Thomas dua tahun lagi. Nampaknya pemain-pemain senior yang ada sekarang sudah sampai ke tahap untuk 'mengantungkan raket'. Bagi permainan perseorang, kita tidak boleh bergantung seratus peratus pada Datuk Lee Chong Wei. Begitu juga dengan pemain bergu utama negara.
Bagi IBM tidak mustahil bagi kita merobohkan domanasi 'tembuk China' yang agak kebal buat masa ini, tapi sekiranya kita berusaha dan berusaha untuk mencari bakat-bakat baru, insyallah kita boleh bawa pulang Piala Thomas dan juga Piala Ubber. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA