Tuesday, May 8, 2012

Azmin Memang Anak Derhaka, Tapi...Salahkan UMNO Pulak??

SENDIRI buat hal, tapi salahkan orang lain. Itulah manusia/insan yang bernama Azmin Ali. Manusia seko ni terlalu ghairah, ego kerana semata-mata hendak mencari nama kekayaan dan menaikkan seorang lagi manusia/Individu yang bernama Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi seorang 'Perdana Menteri'.

Dik ingat diri tu dah terlalu kuat, maka ego tu bertambah dan naik tocang. Bak kata Allahyarham Seniman Agung kita Tan Sri P. Ramlee, 'dunia ini ana yang punya'. maka, setelah memertabatkan dirinya orang amat berpengaruh di dalam PKR, beliau ingat beliau boleh berbuat apa sahaja, sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu kandungnya yang bernama 'Che Tom'. 

Mengikut cerita adiknya Ummi Hafilda, sudah hampir 11 bulan Azmin tidak datang menjengok dan bertanyakan akan perkhabaran ibunya. tinggalkah si ibu itu keseorangan menanti akan kepulangan anaknya itu. Sibuk le tu. Tapi...didalam kesibukannya, tiba-tiba meletup isu moral si Azmin ini. Tak payahlah IBM nak terangkan isu apa, kerana semua orang dah tahu, dan dah lihat pun videonya sekali. Maka, Azmin melenting, naik berang dn tanpa usul periksa, beliau menuduh UMNO lah dalangnya. UMNO lagi. Lagi lagi UMNO.


Bagi kami orang-orang UMNO, tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik luahan hati ibunya, Che Tom Yahaya, 78, agar anaknya itu bertaubat sebelum beliau menutup mata disifatkan sebagai 'cukup melampau'. Begitu juga dengan isu moral beliau. Dia yang syok dengan 'ice cream'nya, UMNO yang dapat busuk nama. Memang tak boleh diterima.

Adiknya, Ummi Hafilda Ali berkata, Che Tom tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya luahan berkenaan dibuat kerana ibunya terlalu rindu dan sayang kepada Azmin yang telah 11 bulan tidak menjenguk beliau walaupun tinggal berdekatan.

Menurutnya, kenyataan Azmin bukan sahaja derhaka tetapi biadab kerana ia memberi gambaran kepada masyarakat, kononnya ibu mereka yang kini uzur itu sanggup menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri.

"Insaflah Azmin. Ibu tua inilah yang bersusah-payah mengandungkan kau selama sembilan bulan 10 hari. Ibu tua inilah yang menjaga kau dari umur sehari sehingga berjaya tetapi hari ini kau sanggup tuduh ibu tua yang uzur ini diperalat UMNO"?

IBM nak tanya Azmin, adakah segala ungkapan yang diucapkan/skrip oleh Ibu kamu itu semasa disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam semalam itu di susun oleh orang UMNO?..fikirlah dengan 'rasional' wahai Azmin. Jangan menuduh sebarangan. kalau dah anak derhaka tu, mengaku je lah. Jangan sabitkan dengan orang lain. Itu adalah satu amaran dari Allah s.wt. BERTAUBATLAH. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA  
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...