MISI KUBURKAN PAKATAN RAKYAT DARI BUMI MALAYSIA
SERUAN yang sudah pasti menaikkan semangat seluruh ahli-ahli Barisan Nasional (BN) dan seruan yang sudah pastinya disambut dengan penuh bersemangat demi untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ayuh, apa tunggu lagi, mari kita sama-sama kuatkan lagi semangat, rapatkan barisan, berjuang dan terus berjuang.
Semalam, di Kuantan, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu bersemangat mengajak seluruh ahli dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) memasang tekad dan semangat baru untuk terus berjuang habis-habisan meletakkan parti di persada kejayaan. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, jika semangat berjuang itu dapat ditanam dalam diri setiap ahli parti, insya-Allah Putrajaya dan kerajaan-kerajaan negeri akan terus menjadi milik BN. Itu sudah tentunya Datuk Seri.
Dengan penuh keyakinan ketika bercakap di hadapan kira-kira 15,000 orang yang hadir pada Majlis Bersantai Bersama Rakyat di Taman Gelora di sini hari ini, beliau turut menyeru rakyat supaya menyokong kerajaan yang terbukti mampu membangunkan negara dan membela nasib mereka secara keseluruhannya. "Kita kini berada dalam satu keluarga yang padu, ikatan kita kukuh, daya juang kita kuat dan apabila balik ke tempat masing-masing dengan azam, tekad dan semangat baru kita akan berjuang habis-habisan untuk pastikan BN terus berada di persada kejayaan.
"Insya-Allah, kita akan pastikan hari esok dan akan datang menjadi lebih baik jika kerajaan terus berada di bawah pemerintahan BN yang sudah terbukti kejayaannya sejak dahulu lagi," katanya. Perdana Menteri berkata, kehidupan rakyat kini juga semakin ceria dengan pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan BN. Beliau berkata, sehingga kini hampir 4.2 juta isi rumah di seluruh negara yang berpendapatan bawah RM3,000 telah menerima bantuan menerusi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
"Kerajaan juga telah menaikkan gaji penjawat awam antara tujuh hingga 13 peratus dan inilah antara faedah yang kita berikan kepada rakyat," katanya. Beliau dalam pada itu berkata, Majlis Santai Bersama Rakyat amat penting dalam mendekatkan para pemimpin parti dengan masyarakat sekali gus suara rakyat dapat didengar. Pemilihan Taman Gelora katanya, amat signifikan dengan program itu memandangkan kawasan tersebut merupakan tumpuan orang ramai khususnya warga Kuantan melakukan aktiviti riadah.
Kesimpulannya, transformasi yang sedang dibuat oleh DS Najib telah mendatangkan hasil, rakyat dapat menikmatinya bersama. Jesteru, IBM dapat merasakan 'perubahan angin' dari rakyat jelata telah mula dirasai. Jadi, tak sia-sia apa yang dilakukan oleh DS Najib selama ini yang benar-benar ingin membuat perubahan melalui 'Transformasinya.' Jadi, inilah yang membuat pembangkang sudah mula resah dan takut kerana sekarang sudah mula hilang keyakinan untuk menang pada PRU ke-13 nanti.
Bagi IBM, segala pecaturan pembangang untuk menumbangkan kerajaan BN melalui demonstrasi jalanan seperti Bersih 3.0 tidak menjadi. Rakyat sudah mula muak, meluat dengan segala taktik-taktik kotor yang cuba dilakukan oleh pembangkang dik kerana ingin memuaskan NAFSU seorang Insan yang Bernama Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Perdana Menteri. Tapi..sayang, niat dan nafsu Anwar Ibrahim itu sudah diketahui oleh rakyat jelata. Mereka sudah tahu siapa Anwar Ibrahim.
Maka, rakyat sudah bersedia untuk mengkuburkan Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) di PRU ke-13 nanti. Bukan itu saja, TIBAI telah ditubuhkan semata-mata untuk menghalang Anwar menjadi seorang Perdana Menteri. Dengan apa cara juga, TIBAI akan mempastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, mari kita 'TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM' dengan apa cara sekali pun. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA