Thursday, May 10, 2012

Seminggu Je!!..Kalau Tidak Siap Korang....


FAHAM tak seminggu, seminggu je Polis beri muka kat korang. Kalau tidak siap korang. Sampai 'kelubang cacing' Polis cari korang. Memang Syaitan korang semua (muka-muka dalam gambar) . Semalam Polis memberi tempoh seminggu kepada semua peserta Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) pada 28 April lalu, yang gambar mereka disiar dalam akhbar supaya menyerah diri sebelum mereka diburu pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, mulai Rabu depan, polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap mereka yang enggan menyerah diri.
"Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan mereka yang terlibat, jadi kita beri peluang terakhir untuk tampil sebelum polis mencari mereka dari rumah ke rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri memberitahu, sebanyak 25 lagi gambar peserta perhimpunan itu akan disiarkan di dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dicari untuk membantu siasatan ialah seramai 129 orang.
Menurut beliau, setakat semalam, seramai 12 orang telah ditahan dengan lapan daripada mereka telah didakwa di mahkamah manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan polis.
"Polis telah membuka sebanyak 43 kertas siasatan berhubung perhimpunan itu dengan 22 daripadanya adalah laporan orang awam terhadap polis manakala selebihnya adalah berkaitan perhimpunan itu sendiri," kata beliau. IBM nasihatkan pada muka-muka (gambar) diatas tu, ikut arahan polis, jangan engkar. Kenapa sekarang pulak nak takut. Semasa perhimpunan haram tu tak rasa takut, lanyak polis, musnahkan harta awam...tiba..tiba bila dicari polis, lari sembunyi pulak. Tak ada teloq le korang ni. Bukan anak jantan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...