Wednesday, May 9, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 DEWAN NEGARA

09 MAY

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

DEWAN NEGARA MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PILIHANRAYA MENGENDALIKAN PILIHANRAYA MAJLIS TEMPATAN

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mewujudkan sistem pengundian di negara ini berjalan dengan lancar dan teratur serta bersifat dengan penuh keadilan.  Di antara pihak yang penting dalam pilihanraya ialah Suruhanjaya Pilihanraya. Pada hari ini 9.5.1960, Dewan Negara telah meluluskan Usul Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pilihanraya-pilihanraya Majlis Tempatan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Tiga dasar penting yang terkandung di dalam Rang Undang-undang Pilihanraya Kerajaan Tempatan ini ialah:
  1. Penyerahan pengelolaan pilihanraya tempatan kepada Suruhanjaya Pilihanraya sebuah badan yang bebas daripada pengaruh-pengaruh politik.
  2. Penyamaan bagi kelayakan pengundi-pengundi
  3. Menukar cara pilihanraya setempat
Pilihanraya bagi Majlis Tempatan ini secara jelas akan menjadikan Pilihanraya Majlis Tempatan akan diadakan tiga tahun sekali, tidak sebagaimana sekarang setahun sekali.  Dengan ini anggota yang menjadi ahli Majlis dapat menjalankan perancangan yang lebih kemas kini dan teratur. Diharap dengan kelulusan Undang-undang ini, perjalanan pilihanraya di Majlis Tempatan dapat berjalan dengan lancar dan usaha-usaha pembangunan di kawasan Majlis Tempatan dapat berjalan lancar.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...