Tuesday, May 8, 2012

'Awang Hitam" Buat Maksiat Di Kota Damansara, Kerajaan Negeri Selangor Buat Apa, Tidur Ke??

PUSAT hiburan di Giza Damansara, Kota Damansara yang menjadi tumpuan warga Afrika berpesta minum minuman keras diserbu semalam.

SEOLAH-OLAH negara kita ini tiada undang-undang. Mereka buat sesuka hati mereka seperti negara ini negara  mereka. Awang hitam ni dah lebih. Mereka buat maksiat sesuka hati mereka, mabuk dan suka menganggu penduduk awam, terutamanya wanita pekerja kilang. Tapi....sepandai-pandai 'tupai melompat', malam semalam,  keseronokan lebih 30 warga Afrika berpesta minuman keras bersama pasangan masing-masing terhenti apabila sebuah pusat hiburan yang disyaki menjadi sarang maksiat warga asing di Giza Damansara, Kota Damansara itu diserbu pihak berkuasa semalam.
Serbuan pada pukul 4.30 pagi itu menjadi kecoh apabila anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor dan polis daripada Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dimaki-hamun warga asing itu yang enggan menunjukkan dokumen mereka untuk diperiksa.
"Terdapat dalam kalangan warga asing itu terutamanya wanita bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka cuba diperiksa. Malah seorang daripada wanita warga asing itu turut berpura-pura pengsan untuk melepaskan diri daripada diperiksa," kata salah seorang Pegawai Penguat Kuasa Imigresen ketika ditemui di lokasi serbuan semalam.
Dalam hal maksiat ni, IBM muskil. Mengapakah kerajaan negeri Selangor langsung tidak bersungguh-sungguh untuk mencegah maksiat yang dilakukan oleh warga asing seperti 'awang hitam' ini. Kita selalu dengar berita dari TV, surat khabar, memaparkan perilaku si awang hitam ini yang selalu menganggu penduduk tempatan dan selalu mencari gaduh. Mereka berlagak seolah-olah negara ini mereka yang punya, berbuat sesuka hati mereka.
Persoalanya, sampai bila kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak bagi membenteras gejala maksiat ini?...adakah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, tidor, pekak dan ambil tak kisah akan hal-hal yang sebegini?. Kalau dah tak larat dan tak berkemampuan untuk mentadbirkan negeri, serahkan saja pada BN. Insyallah, kita tahu macam mana nak mentadbir kerana BN lebih berpengalaman. Jangan hanya nak 'berpolitiking' sahaja, dan rakyat menjadi mangsanya. fikir-fikirkan. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...