Friday, May 11, 2012

Pengundi India 'Bengang' Habis Kat Khalid Gagap And The Gangs..

SALAH seorang ahli jawatankuasa PPPM, Mak Mandin Kumar (kanan) berucap kepada sebahagian masyarakat India yang berarak bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan Selangor di Shah Alam semalam.

MASYARAKAT INDIA (PENGUNDI) BERARAK TUNTUT HAK...


SEMALAM, kira-kira 500 orang masyarakat India bersama Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia (PPPM) semalam berarak dari Dataran Shah Alam di sini menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kumpulan tersebut mula berhimpun di Dataran Shah Alam selama dua jam bermula pukul 9.30 pagi sebelum berarak menuju ke bangunan SUK yang terletak kira-kira 300 meter dari dataran berkenaan.
Mereka kemudian berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil kerajaan negeri, Abdul Razak Ismail yang merupakan pembantu Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar. IBM difahamkan oleh seorang rakan India dari MIC, kononnya beberapa tuntutan dari kaum India yang dijanjikan semasa PRU ke-12 dulu masih belum ditunaikan. 
Bagus le tu. Ini jelas, Pakatan Rakyat bukanlah sebuah parti yang benar-benar serius nak menolong atau membela rakyat. Janji-janji mereka adalah janji pilihan raya, lepas tu depa buat endah tak endah je. Kepada rakan-rakan dari kaum India, IBM menyeru, tinggalkan PR dan baliklah menyokong Barisan Nasional (BN). Insyallah, kamu semua selamat. Faham-faham le maksud IBM tu ye. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...