Friday, May 18, 2012

Doa Tok Guru Nik Aziz Iringi 'The Red Worrior'.....



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.
Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai ‘Serambi Mekah’.
Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang, katanya lagi. Sayang betui Nik Aziz pada pemain-pemainnya. Maklumlah pilihan raya dah dekat. Mulut mesti mahu baik be.
"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini. Dan...IBM nak celah sikit. Kepada Tok Guru Nik Aziz, jangan lupa 'doa' agar Muzakarah di antara UMNO dan PAS menjadi kenyataan. Jangan pulak nanti Tok Guru buat 'U' turn kata UMNO yang beria-ia nak bermuzakarah, bukannya PAS.
Di samping itu, IBM doakan agar kedua-dua pasukan ini mencapai kejayaan. Hanya sebuah pasukan sahaja yang di nobatkan menjadi juara pada malam esok. Siapa yang bermain baik, insyallah akan menang. IBM kecewa kerana Selangor belum lagi menjuarai apa-apa piala pada musim ini. Mungkinkah setelah UMNO/BN kembali memerintah Selangor, pasukan bolasepak Selangor akan bangkit?....insyallah. Tapi selagi Pakatan Rakyat jaga Selangor, selagi itulah Selangor akan ketinggalan. ~ IBM
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...