Thursday, May 31, 2012

"Hari Tanpa Tembakau Sedunia"

HARI ini merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Mei. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC). Setiap tahun, Hari Tanpa Tembakau Sedunia diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang keburukan merokok.


Pada IBM, seeloknya, hari-hari diadakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Seperti yang diketahui semua, betapa bahayanya rokok samada secara aktif atau pasif. Perokok-perokok seronok membunuh orang lain dengan menyebarkan asap dan menjadikan orang lain sebagai perokok sekunder. Saya ingat lagi, pernah ada slogan dalam satu iklan, ‘Anda Membunuh Anak dan Isteri Anda?’. Ini membayangkan betapa bahayanya asap rokok tersebut. WHO sendiri telah mengeluarkan fakta-fakta tentang bahaya merokok secara pasif. Asap rokok telah dikelaskan sebagai bahan kanser kumpulan A pada manusia yakni kumpulan yang paling bahaya. Kesan jangka pendeknya seperti masalah bau, kerengsaan pada mata, hidung dan kerongkong, pening kepala serta batuk. Mereka yang terdedah kepada asap rokok secara pasif untuk satu jangka masa lama akan mengalami gangguan pada paru-parunya.
Begitu banyak kajian dibuat pasal bahaya rokok. Tetapi perokok masih tegar menghisapnya. Menurut kajian, otak sedar seorang perokok akan kata rokok itu tidak sedap, tetapi disebabkan ketagihan, mereka rela asap diisi ke dalam paru-paru mereka berbanding menyedut oksigen.
Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca sekelian, cuba-cubalah berhenti merokok dan sambut cabaran ini demi untuk kesihatan kalian. Hidup sihat tanpa rokok, dan ingat, rokok merbahayakan kesihatan. "Amaran Oleh Kerajaan Malaysia". ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...