Wednesday, May 9, 2012

Hilang Title 'Senator'..Itu Pengorbanan Kecil, Kata Tunku Abdul Aziz...



EKORAN kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan di bandar raya baru-baru ini, DAP tidak melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Naib Presiden parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Perkara itu disahkan oleh Tunku Abdul Aziz (gambar) sendiri kepada Pemberita ketika ditanya mengenai laporan portal berita bahawa tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.
"Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di sini.
Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.
Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang. IBM malas le nak komen banyak-banyak pasal DAP ni. Tapi, IBM kurang faham apa maksud 'itu cuma pengorbanan yang kecil' oleh Tunku Abdul Aziz?..adakah dia masih lagi setia dengan parti DAP walaupun bayang-bayang untuk menyingkirkan beliau daripada parti sudah jelas dan terang?..Tapi..mungkin pangkat 'Senator' tu tak beberapa penting bagi Tunku Abdul Aziz. Agaknya le.
IBM rasa, Tunku lebih arif dan memahami prinsip parti DAP. Biarkanlah beliau dengan parti beliau, cuma apa yang IBM nak tekankan disini ialah, betapa teruknya dan tiada kebebasan bercakap dan bersuara bagi ahli-ahli DAP ini, termasuk pemimpin-pemimpin yang di atas seperti Tunku Abdul Aziz. IBM juga berharap Tunku boleh memikirkan sendiri krier politiknya bersama DAP. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...