KHALID TERUS TERGAGAP
KEDUDUKAN Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besae Selangor semakin tercabar. Tekanan demi tekanan yang beliau hadapi sekarang ini. Rata-rata pemimpin-pemimpin PKR mahu beliau mengundurkan diri dan melepaskan jawatan tersebut. Malah, tekanan juga datangnya dari rakan kongsi mereka, iaitu PAS yang diberitakan mengadakan mesyuarat khas pada hari unutk membincangkan hal jawatan Menteri Besar Selangor ini. PAS sudah mula nampak akan sesilapan mereka kerana tidak menerima jawatan Menteri Besar walaupun kerusi yang mereka menangi pada PRU ke-13 lepas adalah memihak kepada mereka. Maka, kerusi MB Selangornya sepatutnya milik mereka. Dan..Khalid juga tertekan, kononnya PKR mahu mencalonkan Wakil Rakyat Kajang dan juga Presiden PKR, iaitu Wan Azizah bagi mengantikan beliau sebagai Menteri Besar. Kita tunggu sejauh mana si Khalid gagap ini boleh bertahan. Kita tungguuuuu. Dan..dibawah ini menceritakan segala-galanya kemelut politik Pakatan dan PKR di Selangor. Baca jangan tak baca :
SHAH ALAM : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa usaha untuk menggugurkan beliau dari jawatan Menteri Besar sepertimana yang diarahkan oleh Majlis Tertinggi PKR sebagai keji dan tidak bertanggungjawab. Menafikan ada menerima arahan dari mana-mana pihak supaya berundur dari jawatan itu, Khalid juga menegaskan tiada perbincangan seumpama itu dilakukan. Kita tidak ada bincang perkara itu. Ini tidak benar. Ini adalah tindakan paling keji oleh orang yang mahu membuat kesimpulan penamat yang mempunyai tujuan sangat tidak bertanggungjawab, demikian memetik laporan Utusan Mingguan, hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei (gambar bawah kanan) mendakwa Khalid enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun tindakan tersebut merupakan sebahagian agenda Langkah Kajang.

![](http://2.bp.blogspot.com/-UXrdCF-ipBo/U8DBLU6uaQI/AAAAAAAAiwE/tECluttbiA8/s1600/sri-muda1.jpg)
Sementara itu Khalid membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mempersoal pentadbiran kerajaan negeri, walhal kewibawaan Ketua Umum PKR itu juga turut dipersoal oleh ahli dan pemimpinnya. Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan, sekaligus membuktikan parti juga berdepan dengan kepincangan. Kita semua ada kepincangan. Saudara mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya. Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh setuju dan esok tidak setuju, tapi kerajaan tidak boleh buat begitu, katanya. Anwar sebelum ini meluahkan kebimbangannya terhadap kepimpinan negeri terutamanya apabila tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.
Namun ujar Khalid, perbincangan telah dilakukan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya selain undang-undang yang diperkenalkan kerajaan negeri perlu dipatuhi agar rakyat sentiasa yakin dengan kepimpinan kerajaan negeri. Anda perlu faham saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah mentadbir Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang. Apa-apa perkara yang memberi keuntungan kepada rakyat negeri, saya akan bekerjasama dengan semua pihak. Ada perkara yang saya setuju, ada juga yang tidak, tetapi semuanya berteraskan kepentingan rakyat, jelasnya. Apapun, yang jelasnya Khalid memang tertekan dan Khalid akan terus gagap apatah lagi jawatan MB terlepas dan akan di rampas dari tangannya. Kesian Khalid. Wasallam ~ IBM