Monday, July 21, 2014

SULTAN TAK BENARKAN KHALID GEREJA MENGADAP BAGINDA. TIADA MAAF BAGI MU. JADI, TUNGGA APA LAGI. BERAMBUS LE DARI SELANGOR NI!!

ISNIN, 21 JULAI 2014

KESIAN KHALID GEREJA..
ORANG yang celupar, sombong, berlagak seperti Khalid gereja ni memang tiada tempat di Selangor ini. Elok berambus dari Selangor. Memang patut pun apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mahu mengadap Baginda bagi menjelaskan isu berhubung Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, Baginda enggan menerima sembah mengadap wakil rakyat PAS itu kerana tujuannya bukan untuk memohon maaf. Sebaliknya menurut beliau, surat Khalid yang diterima pihak istana pada Jumaat lalu hanya bertujuan memberi penjelasan berhubung tindakannya sebelum ini yang mahu kuasa MAIS dihapuskan. Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada Tuanku. Adalah lebih baik beliau menjelaskan kepada rakyat, yang beliau mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

Titah Tuanku kepada Abdul Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang beliau lakukan sebelum ini. Beliau menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga beliau perlu perjelaskan. Tidak perlu menghadap Tuanku, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum ini Sultan Sharafuddin melahirkan kemurkaan baginda berhubung kenyataan Khalid yang mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu. Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Ekoran dari itu, elok benarlah si Khalid Gereja yang biadap ni letak jawatan dan cepat-cepat berambus dari negeri Selangor.

Maka, senanglah Pilihan Raya Kecil  (PRK) di adakan. Dan, kepada rakyat di Shah Alam, sekiranya PRK diadakan dan calon PAS bertanding, adakah korang masih nak pilih parti yang telah banyak menyusahkan korang? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...