DI PARLIMEN HARI INI..
PAGI tadi Kerajaan membentangkan usul bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul berkenaan pada persidangan khas Dewan Rakyat berkata, Malaysia menggesa siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas berkenaan. Kata PM, "Dewan yang mulia ini juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan.
![](http://3.bp.blogspot.com/-57wf0oxG3hU/U89vzPdYhWI/AAAAAAAAjSE/4ZI-Qc9l87c/s1600/logo1.png)
Syabas PM DS Najib. Teruskan usaha murni mu demi untuk menegakan keadilan. Seluruh rakyat bersama-sama mu. Kau berduka, rakyat berduka, manakala pembangkang terus mencari jalan untuk mencari kelemahan kerajaan bagi menyelesaikan insiden MH17 ini. Itulah wajah pembangkang sebenarnya. Bukannya ingin membantu, tapi terus menekan dan menyalahkan kerajaan. Banggang dan bahlol. Itulah perkataan yang sesuai untuk di gelar pada pembangkang sial ni. Wasallam ~ IBM