Friday, July 25, 2014

PANAS TELINGA NUAR BILA DENGAR HADI AWANG KEKAL DAN KONSISTEN SOKONG KHALID!!

JUMAAT, 25 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza. Beliau telah pun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya beliau dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila hari ini, Jumaat.

Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor. Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.


DEMI POLITIK SONGSANGNYA, ANWAR MERAYU ISTERINYA UNTUK JADI MB

Walaupun sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. Bagi Hj Hadi, itu bukan keputusan dalam Pakatan, cuma PKR sahaja yang merancang. Jadi, belum pasti Wan Azizah akan dilantik sebagai MB Selangor yang baru bagi mengantikan Khalid. Lagi pun, pihak Istana belum pasti samada menerima Wan Azizah atau tidak.

Maka, menanah le air mata Nuar bila mendengar perkhabaran yang tidak berpihak kepadanya. Apatah lagi, anggatan Pemuda PAS juga telah membuat keputusan untuk menyokong Khalid untuk terua menerajui negeri Selangor. Kalau ini berterusan, nampak nya 'Langkah Kajang' Anwar sekali lagi tidak menjadi. Nak jadi Perdana Menteri (PM) tidak kesampaian, kini, nak letak isterinya pula jadi MB Selangor. Nampaknya 'berputih mata' le si Nuar ni. Hidup Nuar terus di landa kegagalan dan akan terus gagal sampai dunia kiamat. Nasib Nuar lebih 'malang' daripada al-kisah 'Lebai malang'. Wasallam ~ IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...