![](http://4.bp.blogspot.com/-T8NAD0LK95Q/U7js51U9LHI/AAAAAAAAihc/SoP0eDm8ZrQ/s1600/kap-download.jpg)
NEGARA KEHILANGAN SEORANG BIDUANITA YANG SUKAR DI CARI GANTI
Sebenarnya Kak Pah (Allahyarham) yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat. Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya. Kata dia 'sedapnya Man urut, sepatutnya kamu jadi suami aku'. Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu Serampang Laut. Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin baha kami serasi untuk bekerjasama. Dan sejak itu kami berkawan baik sehinggalah sekarang," ujarnya. Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) iaitu Datuk M Daud berkata, Allahyarham juga seorang yang pemurah dan tidak pernah kedekut dalam memberi bantuan kepada rakan-rakan. Kalau nak tahu, Kak Pah seorang yang mulia hatinya dan cukup pemurah kerana selalu membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kewangan.
HERMAN TINO KAWAN BAIK KAK PAH AINI
![](http://4.bp.blogspot.com/-fleFDapjUAw/U8DDwC0_QhI/AAAAAAAAiw0/x76EkB7gAL4/s1600/hermantino.jpg)
HASRAT UNTUK MENGADAKAN KONSERT BERSAMA ALLAHYARHAM TIDAK KESAMPIAN - KATTY
Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain terkena virus Influenza A H1N1. Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali. Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil. Anak kelahiran Nee Soon, Singapura itu mula disunting sebagai penyanyi rakaman EMI selepas menjuarai pertandingan RTS 1968 di Singapura. Sepanjang 38 tahun menjadi artis rakaman syarikat itu, beliau telah merakamkan sebanyak 93 buah album termasuk 7 album Inggeris dan antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.
Selain Herman Tino, penyanyi itu juga pernah berduet dengan Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad. Kehebatannya dalam dunia seni muzik membuahkan hasil apabila Allahyarham mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama bernaung di satu syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Mengenai kisah peribadinya pula, Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981. Bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas melahirkan anaknya, Aliff omar, 32. Kemudian, Allahyarham telah mengahwini dengan seorang ahli korporat, namun perkahwinan kali kedua yang dibina juga gagal bertahan dan beliau telah bercerai pada tahun 1992.
Sebagai mengenang jasa beliau, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah, moga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Al-Fatihah!! Wasallam ~ IBM