
Georginio Wijnaldum turut memusnahkan hasrat pasukan tuan rumah untuk menembus kekalahan di tangan Jerman apabila memperoleh jaringan ketiga buat Belanda pada waktu kecederaan. Wijnaldum memperoleh jaringan sebaik sahaja memasuki seminit waktu kecederaan, manakala gol Van Persie dan Blind, masing-masing seawal minit ke-3 dan ke-17. Sudah tentu peminat-peminat Brazil kecewa juga keseluruhan rakyat Brazil. Ada juga desas-desas mengatakan bahawa skuad Brazil telah di beli. Itu kata mereka.
Apapun, biarlah persatuan bolasepak Brazil yang siasat. Itu hak mereka. Kepada peminat-peminat Brazil di tanah air, terimalah hakikat bahawa setiap perlawanan ada kalah dan menang. Cuma...kekalahan Brazil seperti telah di rancang. Ada sesuatu yang tidak kena. Kata peminat-peminat Brazil lagi. Nasib baik IBM bukan peminat Brazil. Hehehehe. Satu soalan dari IBM. Bila lagi Malaysia nak merasa bermain di Piala Dunia? Wasallam ~ IBM