Thursday, July 17, 2014

MOHON MAAF? BUAT APA. DAH TERLAMBAT. NASI DAH JADI BUBUR

KHAMIS, 17 JULAI 2014

AKIBAT BULI JALAN RAYA..
ADA otak taruh kat lutut. Marah tak bertempat, maka terimalah akibatnya. Sebelum buat perkara yang tak senonoh tu dan juga menyalahi dari segi undang-undang jalan raya, baru sedar dan minta maaf. Apa barang. Walaupun di beritakan perempuan yang bernama Kiki telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia pagi ini, tapi ianya sudah terlambat bak 'nasi dah jadi bubur'. Difahamkan luahan rasa kesal diatas kejadian di Kuantan, Pahang di buat oleh Kiki menerusi siaran langsung radio Era FM pada 7:45 pagi tadi. Tapi, bebaloi ke? 

Kiki atau nama sebenarnya, Siti Fairrah Ashykin dikenali ramai berikutan video beliau mengamuk dan melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang warga emas yang secara tidak sengaja melanggar kereta mewahnya menjadi 'Trending' di laman Twitter, Facebook dan Blog. Kiki juga berharap semua pihak tidak percaya dengan apa yang disiarkan menerusi laman sosial kerana dia kita tidak lagi mempunyai Facebook (FB), Twitter, Instagram atau emel kerana ia digodam pihak tertentu dan bukannya datang dari dirinya. Bagi IBM semuanya ini sudah tak berguna lagi.

Cuma, janganlah di ulangi lagi perbuatan yang bodoh tu. Ada otak guna, jangan ikut perasaan marah kerana bila marah Syaitan akan main peranan tumpang sekaki menghasut. Sementara itu kita patut salute pada warga emas yang juga di kenalai sebagai Uncle Sim yang sudi memaafkan Kiki dan menganggapkan ianya sudah selesai. Cuma, Uncle Sim sedih dan tak dapat menolong Kiki kerana pihak yang berwajib tetap akan mengambil tindakkan terhadap Kiki berikutan tindakkanya umpama pembuli jalan raya.

Kepada pengguna-pengguna jalan raya, ambilah insiden dan episod duka ini sebagai tauladan dan jangan sesekali jadi 'pembuli jalan raya'. Dapat tangkap, buruk padahnya. Apapun kepada Kiki jangan diulangi perangan buruk itu lagi. Fikir seribu kali dan berselawat atas nabi, insyallah perkara-perkara seperti ini dapat kita hindari. Insyallah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...