Saturday, July 19, 2014

6 DAERAH DI SABAH DIKENAKAN PERINTAH BERKURUNG BERKUAT-KUASA PETANG INI.

SABTU, 19 JULAI 2014

TERKINI di Sabah. Sesiapa yang ingin bercuti-cuti di Sabah, dinasihatkan supaya tidak menjejakkan kaki di 6 daerah seperti yang telah war-warkan oleh portal dan berita tempatan. Dibawah di paparkan nama-nama 6 daerah yang akan dikenakan perintah berkurung. Harap maklum. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah mengisytiharkan Perintah Berkurung mula dikuatkuasakan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) jam 6 petang ini hingga 6 pagi esok. Tidak pulak di nyatakan apa punya di kuat kuasakan perintah berkurung itu. Mungkin demi keselamatan di kawasan-kawasan tersebut. 

Ia akan akan berlanjutan hingga tempoh tidak melebihi 14 hari membabitkan enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, yang membuat pengisytiharan itu, di sini, sebentar tadi berkata, ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan.  Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung, tiada sebarang aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit. 

Insyallah lepas ini kita boleh cuti-cuti Malaysia setelah perintah berkurung itu di tarik balik.  Sabah, tunggu IBM dan pelancong-pelancong luar negara datang. Sabah menarik bah. Hehehehe. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...