KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR..
![](http://4.bp.blogspot.com/-0u0jgk4yrJ4/U8fVukLOuII/AAAAAAAAjGI/8PljwrtcOhA/s1600/PKR+copy.png)
Sentimen “tidak mahu Khalid” terus jadi Menteri Besar kini sudah menular bukan sahaja dalam PKR tetapi “menjeruk rasa” kerabat lain – PAS dan DAP – dalam Pakatan Rakyat. Namun Khalid tidak hirau itu semua. Ini kerana Khalid Ibrahim bukanlah spesis politik yang biasa ditemui di Malaysia. Beliau tidak terikat dengan adat resam politik sedia ada. Khalid lebih banyak menggunakan pendekatan korporat dalam melayani sepak terajang politik yang dihadapinya. Dalam hal ini, Anwar Brahim semakin pening melayan kerenah politik Khalid gagap dan semakin buntu bagaimana untuk menyingkirkan si Khalid gagap untuk tidak terus menjadi MB Selangor.
Jadi, persoalannya, siapa yang gagap sekarang, Anwar atau Khalid? Wasallam ~ IBM