KEMELUT DALAMAN PAKATAN BERTERUSAN..
![](http://3.bp.blogspot.com/-xGtZuHRH6i8/U84ZvoQ1v8I/AAAAAAAAjPo/kb36DohVqak/s1600/johan+abdul+aziz+ap.png)
Namun kata ADUN Semenyih ini, BN enggan campur tangan dalam konflik yang membabitkan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat di negeri itu. Sebaliknya, BN kini fokus kepada kerja-kerja berkhidmat kepada rakyat dan tidak terlalu 'berpolitik' sehingga menjejaskan kebajikan penyokong-penyokongnya. Kita (BN) konsisten buat kerja kita, mendampingi dan mendekati rakyat.. mereka Pakatan Rakyat nak berpecah, itu hak mereka, katanya.
Kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim kini ibarat 'dihujung tanduk' apabila PKR semalam mengesahkan akan menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon penggantinya. Perkara itu disahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti itu, di ibu pejabatnya di Tropicana. Kita tak payah sibuk-sibuk. Tunggu dan lihat siapa yang kena nanti. Anwar atau Khalid? Wassalam ~ IBM